Tuntutan Perceraian

Ada 7 Jenis Perceraian yang boleh dituntut oleh isteri yang ingin bercerai.  Jenis Perceraian tersebut yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah iaitu :

1) Cerai talaq/persetujuan

2) Cerai Hakam

3) Cerai Taliq

4) Cerai Khulu’/Tebus Talaq

5) Cerai Fasakh

6) Cerai Lafaz Luar Mahkamah (PCLM)

7) Cerai Li’an

Dengarkan penjelasan di video di bawah.

Jangan tersilap pilih jenis cerai sesuai, ok? 

FAQ- Soalan Lazim

Soalan selalu ditanya berkenaan tuntutan perceraian. Hubungi peguam segera untuk membantu anda.

Cerai tidak akan jatuh secara automatik wakaupun suami sudah tidak pulang ke rumah selama 10 tahun. Isteri perlu membuat tuntututan di mahkamah atau mengesahkan lafaz cerai jika suami melafazkanyya di luar mahkamah.

Ini adalah lafaz cerai luar mahkamah. Perlu disahkan ke mahkamah. Isteri atau suami hendaklah ke mahkamah untuk sahkan lafaz ini.

Ada 7 dan tambahan 1 jenis cerai. Dapatkan ebook bertajuk 7 jenis cerai di website www.suphianismail.com untuk mengetahui apakah jenis cerai tersebut.

Kebanyakan isteri yang membuat tuntutan cerai tidak tahu atau tidak pasti tentang jenis cerai yang paling sesuai. Gunakan khidmat peguam syarie untuk bantu puan. 

Satu masalah yang akan timbul apabila tersalah pilih jenis cerai adalah prosedur kes yang bertahun-tahun di mahkamah. 

Sila rujuk peguam untuk bantu puan. Selalunya, jenis kes fasakh adalah mengikut kepada fakta kes. 

Sila rujuk peguam untuk bantu puan. Selalunya, ada keadaan yang hanya peguam saja yang hadir. Bincang dengan peguam.

Kerana ada kes yang melibatkan dokumen yang silap oleh pemohon, tidak arif tentang keperluan kes ataupun tersilap pilih cerai, dan banyak lagi alasan lain. 

Buat laporan polis. Jangan risau, peguam akan nasihatkan apa yang sepatutnya sehingga keselamatan terjamin.

Keterangan Lanjut?

Ada persoalaan lebih lagi? Sila Berhubung dengan peguam.

Buat temujanji segera. Klik di bawah.

 

Isu dan Masalah dalam Perceraian

Ada antara klien tidak tahu memilih Alasan Fasakh sehingga tersalah memlih alasan fasakh jadi mereka hanya membuang masa bertahun-tahun hanya untuk menyelesaikan satu (1) kes dan ini membuatkan banyak kerugian kepada klien. 

Ada klien yang berfikir, cerai adalah automatik. Jika tidak balik ke rumah atau tidak memberikan nafkah, maka cerai adalah automatik. Sebenarnya tidak, tiada cerai yang automatik. 

CERAI KHULUK

KHULUK

PENGERTIAN KHULUK DAN DALIL

Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati sebelum ini kepada suaminya. Khuluk adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. Maksud Al-Khulu’ ialah permohonan cerai seorang isteri kepada suaminya yang sah dengan membayar sejumlah wang atau harta. Ia berasal dari perkataan خلع الثواب yang membawa maksud “menanggalkan pakaian”, kerana seorang wanita yang bergelar isteri secara majaznya adalah pakaian suami sebagaimana yang tertakluk dalam firman Allah S.W.T: 

 

اُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ اِلٰى نِسَاۤىِٕكُمْ ۗ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَاَنْتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ 

 

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.(al-Baqarah: 187)

Antara dalil dari nas alquran yang menerangkan tentang konsep khulu.

 

وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ اَنْ تَأْخُذُوْا مِمَّآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ شَيْـًٔا اِلَّآ اَنْ يَّخَافَآ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۗ فَاِنْ خِفْتُمْ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۙ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيْمَا افْتَدَتْ بِهٖ ۗ تِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ فَلَا تَعْتَدُوْهَا ۚوَمَنْ يَّتَعَدَّ حُدُوْدَ اللّٰهِ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ

 

“Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali keduanya (suami dan istri) khawatir tidak mampu menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu (wali) khawatir bahwa keduanya tidak mampu menjalankan hukum-hukum Allah, maka keduanya tidak berdosa atas bayaran yang (harus) diberikan (oleh istri) untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang zalim. (al-baqarah: 229)”

Selain itu terdapat juga beberapa hadis yang menceritakan tentang Khulu’ pada zaman Rasullallah s.a.w. Antara hadis yang sering bersangkut paut dengan cerai khulu adalah hadis yang telah diriwayatkan oleh imam al-Bukhari.

“Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu: “Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Tsabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam (enggan derhaka) setelah aku memeluk agama Islam. Mendengar itu maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebun miliknya (maharnya)? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Tsabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari).

Melalui hadis di atas, ada kalanya seseorang yang bergelar isteri merasa benci terhadap suaminya sehingga terdetik di hatinya ingin bercerai kerana jika dia tidak bercerai, dia merasakan bahtera rumahtangganya akan goyah dan lebih buruk lagi jika dia melakukan perkara yang bakal melanggar syariat agama. Seorang manusia tidak akan lari dari kesilapan, akan tetapi mencegahnya adalah lebih diutamakan.

 

ENAKMEN 8 TAHUN 2004

 

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

 

BAHAGIAN V – PEMBUBARAN PERKAHWINAN

 

Seksyen 49. Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq

 

(1) Jika suami tidak bersetuju manjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh dirujukkan.

 

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

 

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

 

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

CERAI FASAKH

FASAKH

 

PENGERTIAN FASAKH 

 

Fasakh adalah sebahagian daripada jenis tuntutan perceraian atau pembubaran ikatan perkahwinan yang wujud di dalam agama Islam yang boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Menurut istilah bahasa, fasakh membawa maksud rosak atau putus. Manakala, dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud fasakh adalah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang ada pada hakim atau kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Untuk lebih memahami, secara mudahnya ia merupakan suatu proses untuk membubarkan sesuatu ikatan perkahwinan yang sah yang berdaftar mengikut jabatan agama negeri masing-masing di Malaysia. Pembubaran pernikahan itu haruslah melalui perintah mahkamah. Ia juga haruslah atas sebab atau alasan tertentu yang tersenarai di dalam enakmen undang-undang keluarga dan selain itu ia juga mestilah merupakan alasan yang munasabah di dalam tuntutan fasakh dan bukti amatlah penting bagi meleraikan sesuatu ikatan perkahwinan.

Bagi meraikan martabat seorang isteri dalam islam terhadap suaminya. Islam membolehkan seseorang Isteri itu untuk menuntut pembubaran pernikahan apabila dia tidak lagi mempunyai perasaan kepada suaminya dan risau jika perasaan itu membuatkan dia durhaka kepada suaminya. Ini seperti mana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:

 

جَاءَتِ امْرَأَةُ ثَابِتِ بْنِ قَيْسِ بْنِ شَمَّاسٍ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَنْقِمُ عَلَى ثَابِتٍ فِي دِينٍ وَلاَ خُلُقٍ، إِلاَّ أَنِّي أَخَافُ الْكُفْرَ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ فَتَرُدِّينَ عَلَيْهِ حَدِيقَتَهُ ‏”‏‏.‏ فَقَالَتْ نَعَمْ‏.‏ فَرَدَّتْ عَلَيْهِ، وَأَمَرَهُ فَفَارَقَهَا

 

Maksudnya: Isteri Thabit bin Qais telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempertikaikan Thabit daripada sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam (mengelak daripada derhaka kepada suami). Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya (maharnya)? Jawabnya: “Ya”. Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia”

 

(Riwayat al-Bukhari (5276))

Selain itu firman Allah swt dan surah an-Nisa ayat 128:

 

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرً

 

” Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Nisa: 128)

 

ENAKMEN BERKAITAN FASAKH

 

ENAKMEN 8 TAHUN 2004

 

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

 

 

BAHAGIAN V – PEMBUBARAN PERKAHWINAN

________________________________________

Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan pekahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-

 

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

 

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

 

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

 

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

 

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

 

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

 

(h) bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain-

 

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

 

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

 

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

 

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

 

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

 

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum syarak;

 

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

 

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordianan Orang Gila 1951 [ Bab 74 Sabah] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

 

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

 

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

 

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

 

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

 

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

CONTOH KES

 

Rogayah bte Yaacob v Ahmad Zainudin bin Yaacob [2006] 4 SHLR 112

 

FAKTA KES

 

Plaintif dan defendan telah berkahwin pada 3 Oktober 1993 di Bahau, Negeri Sembilan dan perkahwinan tersebut telah di daftarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan empat orang anak. Setelah berkahwin mereka menetap di Negeri Sembilan sehingga tahun 1994, apabila mereka berpindah ke Kelantan. Mereka tinggal bersama di Kelantan sehingga Disember 1999. Plaintif bekerja sebagai guru, manakala defendan kerja ‘freelance’ sebagai pengaturcara. Apabila perkahwinan mereka dilanda krisis, serta bagi tujuan rawatan penyakit jantung berlubangnya di Institut Jantung Negara (‘IJN’), Kuala Lumpur yang mana menghendaki berulang-alik, plaintif atas persetujuan defendan, telah mengambil keputusan untuk berpindah bersama anak-anaknya semula ke kampung halamannya pada Disember 1999. Defendan telah menolak untuk turut sama berpindah atas alasan perniagaan. Begitu juga dengan plaintif, apabila defendan meminta plaintif balik semula ke Kelantan, ia ditolak oleh plaintif. Selain daripada alasan untuk rawatan jantung, alasan yang diberikan oleh plaintif bahawa serik dengan keperitan hidup di Kelantan mengurus rumah tangga dan anak-anak seorang diri, berbanding di Kuala Pilah, dekat dengan keluarga. Defendan hanya balik ke rumah plaintif lebih kurang sebulan sekali dan kadang-kadang setengah bulan sekali dan kadang-kadang dua bulan sekali. Lantaran tinggal berjauhan, perhubungan mereka menjadi semakin rumit. Oleh itu pada Oktober 2000, plaintif telah failkan tuntutan perceraian fasakh kerana defendan telah cuai melaksanakan tanggungjawab nafkahnya dan dikatakan defendan kurang mengambil peduli tentang pengurusan rumah tangga dan anak-anak. Plaintif pernah mengadu krisis rumah tangga mereka ke Jabatan Agama Islam Kelantan dan mengikuti sesi kaunseling sebanyak dua kali tetapi defendan gagal untuk menghadirkan diri walaupun telah diberi surat. Defendan di dalam pembelaannya mengatakan bahawa dia ada balik ke rumah plaintif. Bila beliau balik, beliau ada membeli barang-barang dapur setakat yang beliau mampu. Anggaran nilainya sebanyak RM3,600 setahun selama empat tahun ini (2000-2004). Dan beliau juga ada beri wang kepada plaintif ikut kemampuannya. Defendan menyatakan bahawa sebab sebenarnya (memohon cerai fasakh) plaintif mahukan defendan tinggal di Kuala Pilah bersamanya. Beliau ada minta plaintif balik ke Kota Bharu, tetapi ditolak oleh plaintif atas alasan untuk dekat dengan keluarga

 

ISU KES

 

  • Isu di dalam kes ini adalah nafkah yang diberikan oleh defendan tidak mencukupi dan bukannya tidak diberikan langsung. Lantaran itu apakah nafkah yang tidak mencukupi boleh menjadi alasan untuk membubarkan pernikahan melalui fasakh. 
  • Tuan Hakim telah meneliti melalui pelbagai sumber dan telah mengambil keputusan dengan Merujuk kepada peruntukkan s 52(1b) EUUKINS: seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum shara’ berhak mendapat suatu perintah untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan berikut, iaitu: (b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
  •  
  • Juga dirujuk melalui kes Siti Rohani lwn Mohd Sazali [1991] 2 MLJ (1), Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim yang mana Yang Arif Hakim Rayuan berpendapat peruntukkan s 52 (1b) itu jelas memberikan hak kepada isteri untuk fasakh dengan semata-mata cuai atau enggan memberi nafkah selama tiga bulan.
  • Isu lainnya ialah apakah plaintif masih lagi berkelayakan ke atas nafkah bila mana plaintif menolak dan enggan tinggal bersama defendan.
  • isu ini telah terjawab apabila saksi bagi pihak-pihak dipanggil dan disoal. Setelah mahkamah meneliti kesemua keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati isu yang ingin ditimbulkan oleh defenden adalah beliau mampu dan soal bahawa plaintif dan defendan hidup bahagia seperti suami isteri lain dengan plaintif melayan defendan dengan baik. Akan tetapi Mahkamah telah pun mengulas isu bahawa perbuatan cuai nafkah suami tidak memberi apa-apa perbezaan sama ada disebabkan tidak mampu atau kerana enggan walaupun mampu dari sudut undang-undang. Soal bahawa sama ada seseorang itu bahagia bukan menjadi isu. Kerana ada setengah isteri boleh melayan suami dengan baik walaupun dia tidak redha dengan perlakuan suami yang tidak menjalankan tanggungjawab nafkahnya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

 

Maka adalah dengan ini mahkamah putuskan seperti berikut:

  • Sabit bahawa defendan telah cuai menjalankan tanggungjawab nafkahnya kepada plaintif selama lebih tiga bulan (iaitu untuk tempoh Disember 1999 hingga November 2000), maka dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 52 (1b) EUKINS, mahkamah dengan ini fasakhkan pernikahan plaintif dan defendan berkuat kuasa pada hari ini;
  • plaintif hendaklah bereddah dari berkahwin lain selama tiga kali suci mulai hari ini dan berakhir dengan permulaan haid kali ke selepas hari ini;
  • Pembubaran nikah ini hendaklah didaftarkan di bawah EUKINS 2003.

CERAI TAKLIQ

TAKLIQ

 

Takliq juga merupakan sesuatu permohonan cerai yang boleh difailkaj di mana-mana mahkamah di malaysia. Takliq dari bahasa yang di ambil dari perkataan arab علّق   yang bermaksud gantung atau sangkut. Manakala dari segi istilah pula takliq ermaksud menggantung atau mengaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Yang mana dengan kata lain, jatuhnya talak dengan mengaitkan dengan sesuatu perkara, sama ada dari pihak isteri atau suami. Sebagai contoh, suami telah berkata kepada isterinya “jika engkau keluar dari rumah ini, maka jatuhlah talak bagimu”. Apabila isteri itu keluar juga setelah si suami melafazkannya, maka tertalaklah si isteri. Selain itu maksud darinsegi tasiran seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 “ta’liq” ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan peruntukan Enakmen ini.

Dapatlah kita fahami secara umumnya, takliq merupakan sebuah janji yang dibuat oleh pihak-pihak bagi menjaga maslahah dalam perkahwinan dan hendaklah mereka menepati janji-janji yang dibuat seperti firman Allah dalam surah Al-maidah ayat 1.

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَوْفُوْا بِالْعُقُوْدِۗ

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji”

 

Walaupun terdapat pihak-pihak yang berpendapat perceraian secara taklik adalah tidak sah namun Jumhur Fuqaha (Hanafi, Syafii, Maliki dan Hambali termasuk Ibnu Jarir, Ibnu Rusyd dan al-Tabari) berpendapat cerai taklik adalah sah, tanpa mengira lafaz tersebut benar-benar bertujuan menceraikan isteri atau sebaliknya seperti sumpah yang bukan bertujuan menceraikan isteri. Ia kerana lafaz cerai taklik berbentuk semata-mata bertujuan untuk menghalang isteri daripada melakukakn perkara yang tidak disukai oleh suami atau bertujuan untuk mendisiplikan isteri. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam perkataan ataupun gurauan kerana Nabi SAW telah menegaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

 

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

 

“Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).”

 

Terdapat dua perkara yang harus kita ketahui dalam cerai takliq. Pertama adalah permohonan cerai takliq dan yang kedua adalah pengesahan lafaz cerai takliq. Kedua-dua perkara ini mempunyai perbezaan. Permohonan cerai takliq adalah apabila seseorang suami telah melanggar syarat-syarat atau perjanjian yang telah dia lafazkan ketika selesai akad nikah. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

 

 

”Adalah saya _____________________________________  dengan ini berta’liq, jika

Saya tidak bermu’asyarah yang ma’ruf dangan isteri saya ______________ sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih; atau

 

Saya atau wakil saya tidak memberi nafkaf kepadanya selama empat bulan qamariah berturut turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh man-mana Mahkamah Syariah; atau

 

Saya melakukan sebarang kemudaratan kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain dharar syarie terhadapnya dan apabila dia mengadu kepada Qadi atau Hakim Syarie dan sabit aduannya di sisi Qadi atau Hakim Syarie dan dia memberi kepada Qadi atau Hakim Syarie bagi pihak saya  sebanyak RM10.00 atau senilai dengannya maka ketika itu tertalaqlah dia ____________ dengan talaq Khul’. “

 

Oleh hal demikian, jika suami telah melanggar salah satu syarat ini. Maka si isteri boleh memfailkan cerai di bawah permohonan cerai takliq.

 

Berbeza dengan pengesahan lafaz takliq yang mana, lafaz takliq itu telah dibuat oleh si suami sebagai contoh “jika kamu keluar dari rumah ini maka telah jatuh cerai” kemudian si isteri itu telah keluar, oleh hal demikan, permohonan haruslah dibuat bagi mengesahkan perceraian bagi pihak-pihak di mahkamah rendah kerana hanya hakim syarie sahaja yang boleh menentukan sama ada cerai itu sah atau tidak.