
Taip persoalan di ruangan SEARCH di bawah untuk terus membaca berkenaan isu di mahkamah syariah.
WARIS-WARIS yang perlu diketahui
WARIS-WARIS yang perlu diketahui
Waris-waris lelaki yang berhak mewarisi harta pusaka ialah:
- Anak lelaki (AL)
- Cucu lelaki daripada anak lelaki (CL) dan ke bawah
- Bapa
- Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke atas
- Saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)
- Saudara sebapa lelaki (SBL)
- Saudara seibu lelaki (SIL)
- Anak saudara seibu sebapa lelaki (ASIBL) dan ke bawah
- Anak saudara sebapa lelaki (ASBL) dan ke bawah
- Bapa saudara seibu sebapa (BSIB)
- Bapa saudara sebapa (BSB)
- Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa (sepupu SIBL) dan ke bawah
- Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa (sepupu SBL) dan ke bawah
- Suami
- Tuan yang membebaskan hamba
Jika seseorang meninggal dunia meninggalkan semua waris lelaki sahaja tanpa waris perempuan, hanya TIGA (3) waris lelaki sahaja yang layak mewarisi pusaka.
- Bapa
- Suami
- Anak lelaki
Waris-waris perempuan yang berhak mewarisi harta pusaka ialah:
- Anak perempuan (AP)
- Cucu perempuan daripada anak lelaki (CP) dan ke bawah
- Ibu
- Nenek sebelah ibu dan ke atas
- Nenek sebelah bapa dan ke atas
- Saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
- Saudara sebapa perempuan (SBP)
- Saudara seibu perempuan (SIP)
- Isteri
- Tuan yang membebaskan hamba
Sekiranya seseorang si mati meninggalkan semua waris perempuan tanpa waris lelaki, hanya LIMA (5) orang waris perempuan sahaja yang layak mewarisi pusaka.
- Anak perempuan
- Cucu perempuan daripada anak lelaki (jika si mati hanya ada seorang anak perempuan)
- Ibu
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Isteri
Sekiranya seseorang si mati meninggalkan kesemua waris lelaki dan perempuan, waris-waris yang berhak mewarisi pusaka ialah seramai LIMA (5) orang sahaja.
- Suami / Isteri
- Bapa
- Ibu
- Anak Lelaki
- Anak Perempuan
Kelima-lima waris di atas dinamakan waris utama dan merupakan waris yang paling hampir dengan si mati. Mereka (kecuali suami / isteri) akan mendindingkan waris-waris lain.
__________________________________________
Kredit: efaraidmais
Siapa Waris Si Mati?
Apabila berlaku kematian, pembahagian dan pengurusan harta pusaka merupakan satu perkara yang mesti dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak dan undang-undang.
Namun demikian, ramai orang tidak mengetahui sama ada dia menjadi waris si mati atau tidak? Sama ada ibu dan bapa si mati yang masih hidup berhak ke atas harta pusaka si mati atau tidak?
Sebenarnya, Allah S.W.T telah menerangkan secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Al-Qur’an, di mana di dalamnya telah dijelaskan mengenai bahagian setiap waris serta kedudukan mereka dalam mewarisi harta peninggalan si mati. Ia sebagaimana yang telah disebut di dalam surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian yang telah ditetapkan kepada waris-waris adalah berbeza bergantung kepada jauh atau dekatnya hubungan waris-waris tersebut dengan si mati.
Sistem faraid merupakan satu sistem pembahagian pusaka yang adil dan seimbang. Ini kerana sistem tersebut telah mengakui hak setiap waris terhadap harta peninggalan si mati dan memberi ruang yang luas-seluasnya kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan si mati samada melalui hubungan darah atau perkahwinan untuk mewarisi harta peninggalan tersebut. Sistem ini juga, melindungi bahagian setiap waris dengan menetapkan kadar yang tertentu dan menghadkan kadar wasiat yang hanya pada kadar satu pertiga sahaja dari hartanya, demi untuk mengelak si mati meninggalkan warisnya dalam kemiskinan. Selain itu, Islam juga telah menentukan waris-waris yang berhak ke atas harta peninggalan si mati iaitu waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham.
Untuk memahami secara mendalam, maka dicadangkan kepada pembaca sekalian untuk mempelajari ilmu faraid daripada guru-guru yang berkelayakan.
Jenis-Jenis Waris
Terdapat tiga golongan waris yang berhak menerima dan mewarisi harta peninggalan si mati, iaitu waris ashab al-furud, waris asabah dan waris dhawi al-arham.
Waris Ashab al-Furud
Ashab al-furud ialah waris yang telah ditetapkan bahagiannya di dalam Al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijmak. Di dalam Al-Qur’an, Allah S.W.T telah menetapkan secara jelas mengenai bahagian-bahagian tertentu untuk waris-waris yang berhak menerima harta peninggalan si mati secara fardu, yang mana bahagian-bahagian tersebut ada enam iaitu: 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3 dan 1/6.
Waris Asabah
Asabah ialah waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka. Mereka mempunyai pertalian yang kuat dengan si mati kerana mereka di sebelah pertalian bapa. Walau bagaimanapun, mereka kadangkala menerima semua harta pusaka si mati sekiranya waris ashab al-furud tiada, kadangkala juga mereka menerima baki dari harta pusaka tersebut setelah dibahagikan kepada ashab al-furud dan kadangkala pula mereka tidak menerima sebarang harta, kerana harta pusaka tersebut telah habis dibahagikan kepada ashab al-furud. Asabah terbahagi kepada Asabah bi al-nafs, Asabah bi al-ghayr dan Asabah ma al-ghayr.
Waris Dhawi al-Arham
Dhawi al-arham dari segi istilah ialah waris yang mempunyai hubungan keluarga atau darah dengan si mati selain dari waris ashab al-furud dan asabah samada lelaki atau perempuan. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, bapa saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, bapa kepada ibu dan lain-lain.
Praktis Semasa
Mengikut amalan di Malaysia, secara umumnya, apabila seseorang itu meninggal dunia dan meninggalkan waris ashab al-furud dan waris asabah, maka kesemua waris-waris yang berkelayakan tersebut adalah berhak mewarisi harta pusaka si mati.
Tetapi sekiranya seseorang si mati meninggalkan hanya waris dhawi al-arham atau tidak mempunyai waris asabah atau tidak mempunyai waris langsung, maka harta si mati akan diserahkan kepada baitulmal.
Baitulmal adalah sebagai institusi yang berperanan untuk mentadbir harta pusaka bagi maksud maslahah umum umat Islam. Dalam keadaan sekiranya baitulmal menerima harta tak alih, biasanya baitulmal akan memberi keizinan kepada waris-waris yang tidak berhak (anak angkat, dhawi al-arham dan sebagainya) untuk menebus harta pusaka tersebut. Dalam hal ini, bermakna waris dhawi al-arham diberi kebenaran untuk menebus harta pusaka si mati contohnya sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam sek.7, Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No.9 Tahun 1962 dan sek. 81(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Justeru itu bagi harta pusaka yang telah menjadi milik baitulmal, dengan kebenaran Majilis Agama Islam Negeri (MAIN) waris-waris si mati dibenarkan menebus kembali hartanah tersebut dengan harga semasa yang telah dinilaikan oleh JPPH atau jurunilai yang dilantik jika hartanah tersebut tidak sesuai dan tidak berpotensi untuk dimajukan sendiri oleh pihak baitulmal.
Sesungguhnya Islam telah menetapkan hikmah dalam pembahagian harta pusaka dan menyusun mengikut keutamamaan waris-waris yang berhak untuk menerima harta pusaka si mati. Ketetapan bahagian masing-masing akan dapat menghapus ketidakadilan dalam pembahagian harta atau seumpamanya sehingga boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan dalam keluarga.
Apa yang lebih utama ialah mereka yang mewarisi harta yang melebihi dari waris-waris lain, maka sesungguhnya dia juga mewarisi tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul bagi membantu kesinambungan kehidupan waris-waris lain.
Kredit: efaraidmais
KATA HIKMAH
Biarlah keluarga kita sederhana asalkan tidak meminta2 dan bahagia sihat selalu. Doa rezeki akan sentiasa mengalir utk keluarga kita.
Biarpun suamimu bukan jutawan, Tapi dia mendahulukan isteri dan anak2 dalam hidup dia dan setia Itulah kebahagiaan yang tidak boleh dibeli
♥️
Miskin Atau Kaya keluarga kita, Janganlah Sombong, Bantulah orang sekeliling, Kerana Kita Ini Semuanya Sama, Asal Dari Tanah, Akan Kembali Semula Ke Tanah
Kadang Seseorang Suami Berhenti Peduli, Bukan Kerana Dia Sudah Tak Sayang Tapi Kerana Dia Sedang Kepenatan Seharian Mencari Rezeki
Rezeki tak diduga dan tak disangka datangnya, semoga KELUAGA kamu dilimpahi rezeki seperti air yang mengalir. Aamiin…
YA Allah bila ada hamba-Mu yang melihat post ini, bukakanlah 1000 pintu rezeki buatnyaAamiin
Keluarga miskin atau kaya jangan lah sombong tapi saling membantu lebih baik kerana hidup kita tidak semestinya akan selalu kaya. Amin.
Tidak mengapa hidup sederhana, Asal bahagia Dunia Akhirat. Aamiin
Ya Allah, Siapa Pun Yg Kesulitan Hari Ini, Mulai Esok, Mudahkanlah, Yg Bekerja Lancarkan Rezekinya, Yg Sakit Sembuhkanlah Dia, Yang Merana Bahagiakanlah Ia…
Sekalipun kamu bosan dengan Pasanganmu,
tetaplah setia. Berkomunikasilah dan berterus terang.
Kerana kebahagian akan ditentukan oleh waktu, bukan orang baru. Ingat itu.
Semoga yang membaca status ini diberikan Kebahagiaan, Ketenangan, Kekayaan & Kejayaan Dunia & Akhirat. Assalamualaikum ….
Bismillah. Semoga Hari Ini Akan Datang Rezeki Seperti Air Yang Mengalir. Aamiin
Lebih Baik Memilih DIAM Daripada Berdebat Dengan Orang Yg Rasa Diri dia Saja Yang Betul dan Pandai dalam Dunia.
Isteri Yang Bangun Awal Untuk Sediakan Bekal Makanan Suami. Semoga Anda Dimurahkan Rezeki Dan Mendapat Pahala Yang Melimpah Ruah. Amin
Gaduh².. Perang²..
Cek2 bulan depan
POSITIF!! Rezeki!
Hidup berumah tangga kekuatan suami dtg dari isteri & kekuatan isteri dtg dari suami. Rasa Memerlukan itu Mesti Ada.
“Setiap rumah tangga itu bermasalah, yang perlu diselesaikan itu masalahnya bukan rumah tangganya.”
“Semoga kita semua diberikan rumah tangga yang membuat kita gembira, tenteram, dan bahagia.”
“Keharmonian rumah tangga terletak pada sikap tanggungjawab dan komunikasi yang baik.”
“Cintailah pasanganmu seperti air laut, walau pasang surut selalu ada, namun air laut tidak pernah berubah rasa.”
“Mencintai bukan dengan menemukan seseorang yang sempurna, tapi dengan melihat seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.”
“Seorang wanita akan tersiksa tanpa lelaki. Begitu pula seorang lelaki akan tersiksa tanpa wanita. Apabila bersatu dua pasangan yang serasi, maka ini termasuk kesempurnaan nikmat”
“Pernikahan adalah pelangi di antara dua hari yang berbagai perasaan, cinta, kesedihan, kebahagiaan, kejujuran, kepercayaan, rahsia, penghormatan, dan saling bekerja sama untuk mencapai bahagia.”
“Tidak ada isteri yang sempurna tanpa aib dan kekurangan. Tiada suami, tanpa aib dan kekurangan. Maka hiduplah dengan saling melengkapi dan menguatkan.”
“Pasanganmu adalah rezekimu, pilihanmu, dan takdirmu. Maka jangan memandang kepada selain milikmu dan jangan membanding-bandingkannya dengan yang bukan milikmu.”
“Jangan bandingkan pernikahanmu dengan pernikahan orang lain. Setiap rumah tangga ada cerita masing-masing.”
“Hubungan suami dan istri seperti hubungan Tom dan Jerry. Meskipun mereka saling berbeza pendapat, tetapi tidak boleh hidup tanpa satu sama lain.” Amin
Adab, cara dan etika menegur isteri.
Adab, cara dan etika menegur isteri.
7 Tanggungjawab Suami Dalam Islam
7 Tanggungjawab Suami Dalam Islam
“Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.” – Riwayat Ibn Majah
Untuk menjadi seorang suami dan bapa, para lelaki harus peka dan faham dengan jelas tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang bakal anda pikul.
Sungguh, peranan sebagai seorang suami itu bukanlah ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah.
Namun dengan pengetahuan bersertakan kesediaan dan keikhlasan hati, insyaAllah anda akan merasakan nikmat dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini:
#1. Memberi Nafkah Bulanan
Dalam Islam, tugas mencari dan memberi nafkah kepada keluarga terletak di atas bahu suami.
Setiap bulan, para suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Islam itu agama yang adil kerana nafkah yang wajib ini dilandaskan pada kemampuan suami.
Jika pendapatan anda hanya cukup-cukup makan sahaja, pemberian nafkah yang sedikit pun sudah memadai. Asalkan anda menjalankan tanggungjawab anda.
Namun sekiranya anda benar-benar tidak mampu, berbicaralah secara elok dengan isteri dan mintalah mereka halalkannya. Tetapi sebaiknya, gantilah nafkah itu apabila anda mampu kelak.
Sesungguhnya terdapat keberkatan pada nafkah yang diberikan kepada isteri dan keluarga. Meskipun isteri anda bekerja, nafkah ini tetap wajib diberi ya.
#2. Menyediakan Tempat Tinggal Dan Keperluan Isteri
Dengan kudrat dan kemampuan yang ada, para suami haruslah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan isteri dan keluarga.
Sebagai contoh, anda mesti menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri dan anak-anak.
Tempat tinggal ini haruslah tidak dikongsi dengan sesiapa sahaja termasuk ibu bapa anda dan isteri. Ini merupakan antara hak seorang isteri kepada suaminya.
Selain itu, keperluan lain seperti makan minum isteri, pakaian dan ubat-ubatan hendaklah juga disediakan. Para suami bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarga pada setiap masa ya.
#3. Menggauli Isteri Dengan Baik
Antara salah satu nikmat berumah tangga yang dikurniakan Allah kepada suami dan isteri adalah nikmat jima’. Para suami wajib menggauli isteri dengan cara yang dibenarkan syarak.
Isteri anda mempunyai hak untuk disentuh ketika mereka berkeinginan terhadap anda. Jika tidak ditunaikan, hukumnya berdosa dan dikira anda menzalimi isteri.
Ingat ya, bukan isteri sahaja tau yang wajib penuhi keinginan anda.
Selain itu, para suami ditegah untuk menyuruh isteri memenuhi keinginannya melalui cara yang bertentangan dengan syarak.
Nikmat hubungan kelamin itu haruslah dipenuhi dan dinikmati dengan tertib dan penuh hormat pada pasangan.
Janganlah memaksa isteri anda untuk melakukan kaedah yang tidak disukainya. Sama-samalah belajar tentang kecenderungan pasangan anda dalam berhubungan intim. Senangilah mereka semampunya.
#4. Mendidik Isteri
Sebagai suami, anda juga wajib mendidik isteri dengan ilmu agama yang secukupnya. Bekalkanlah keluarga anda dengan ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan di dunia dan akhirat.
Jika anda sibuk atau tidak mampu, bawalah isteri dan anak-anak ke majlis agama untuk mendidik jiwa mereka.
Anda juga boleh mengupah ustazah atau sesiapa yang mahir untuk mengajar anak-anak dan isteri membaca dan mentadabbur Al-Quran.
Bukan itu sahaja, para suami juga harus mendidik akhlak isteri dan anak-anak.
Sekiranya mereka melakukan perkara yang salah, tegur dan nasihatilah mereka dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan mereka cara yang betul untuk melakukannya.
Peranan suami sebagai pendidik keluarga itu meliputi kesemua aspek jasmani dan rohani.
Dalam mendidik, lakukanlah dengan penuh kelembutan tetapi tegas ya. Mintalah pertolongan Allah untuk memudahkan niat dan usaha anda dalam membimbing keluarga.
#5. Menyantun dan Menghormati Isteri
Tanggungjawab suami yang seterusnya adalah menyantun dan menghormati isteri sebaiknya. Dalam apa jua situasi, cubalah untuk memberikan layanan yang terbaik kepada isteri.
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, sudah tentu ada liku-likunya. Ketika menghadapinya, para suami hendaklah melayani isteri dengan sopan santun dan penuh hormat.
Janganlah kerana kedudukan anda sebagai suami, anda merasakan diri lebih mulia dan mereka tidak layak mendapat penghormatan yang sama.
Suami isteri itu, seharusnya berdiri seiring dengan saling mendampingi dan menyokong satu sama lain.
Apabila terjadi persengketaan, janganlah sesekali mengasari tubuh badan isteri dan keluarkan kata-kata yang kasar padanya. Sebagai pembimbing, cubalah untuk berbincang secara elok dengannya. Hormatilah dia dengan mengelak dari menyentuh sensitivitinya.
#6. Menggembirakan Hati dan Menjaga Perasaan Isteri
“Diriwatkan dari Aisyah R.A., bahawa pada suatu hari beliau pernah ditanya: Bagaimanakah sikap baginda Rasul S.A.W. ketika di dalam rumah? Maka Aisyah menjawab: Baginda Rasul adalah orang yang paling lemah lembut, sering tersenyum dan sering pula tertawa.” – Riwayat Ibnu Saad
Ramai para suami yang tidak faham secara menyeluruh tentang konsep pemberian nafkah batin kepada isteri. Mereka menyangka ia hanyalah hubungan kelamin sahaja tetapi sebenarnya ia lebih dari itu.
Menggembirakan hati isteri sebagai contohnya, adalah termasuk dalam nafkah batin yang harus diberikan oleh suami. Apa sahaja perbuatan atau kata-kata yang menyenangkan hati isteri, itu dikira sebagai nafkah batin juga.
Ini adalah antara tanggungjawab suami ya. Menjaga perasaan dan emosi isteri itu adalah salah satu tugas anda. Elakkanlah melakukan apa sahaja yang boleh mengguris dan melukakan hati isteri.
Anda bukan sahaja mendapat pahala dengan menghiburkan dan menyenanginya. Malah kegembiraan itu akan memberi kesan kepada perkahwinan dan institusi keluarga anda.
#7. Menjaga Maruah Dan Aib Isteri
Sememangnya manusia itu diciptakan dengan penuh cela. Begitu juga para isteri di luar sana. Wahai para suami, janganlah sesekali mengharapkan kesempurnaan pada pasangan anda tetapi sambutlah segala perbezaan dengan positif.
Ini bukan bermaksud anda harus menerima kesalahannya tetapi janganlah dicanang pada orang sekeliling walaupun kepada ibu bapa anda.
Maruah isteri anda merupakan maruah anda juga ya. Jika seorang isteri itu melakukan sesuatu yang tidak elok, si suami akan turut terpalit juga.
Gandingan suami isteri sememangnya begitu. Ditepuk air di dalam dulang, akan terperciklah ke muka sendiri.
Jagalah aib isteri anda sebaiknya. Orang lain tidak mengenali isteri anda seperti anda mengenalinya. Jika terbuka aibnya, mereka mungkin akan mencemuh dan hilang hormat padanya.
Walaupun situasi sudah berubah kelak, tidaklah semudah itu untuk manusia melupakan.
Apa sahaja yang berlaku dalam rumah tangga anda, selesaikanlah dengan elok secara berdua ya.
InsyaAllah, apabila para suami memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, rumah tangga anda akan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat dari Allah.
Begitu juga dengan si isteri. Anda harus peka dengan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya.
Kredit: motherhood
Kata-kata Alquran
- “Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Q.S Al-Mumtahanah: 7)
- “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Q.S Ar-Ra’d: 11)
- “Jangan kamu merasa lemah dan jangan bersedih, sebab kamu paling tinggi derajatnya jika kamu beriman.” (Q.S Ali Imran: 139)
- “Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah.” – HR. Muslim
- “Aku berlindung dengan rida-Mu dari murka-Mu, aku berlindung dengan ampunan-Mu dari siksa-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari jauh dengan-Mu.” – HR. Muslim
- “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berjuang fi sabilillah hingga dia kembali.” – HR. Tirmidzi
- “Ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan, dan kesulitan bersama kemudahan.” – HR Tirmidzi
- “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, namun jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.” (QS. Ibrahim: 7)
- “Ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan, dan kesulitan bersama kemudahan.” – HR Tirmidzi
- “Dan tidak ada kejayaan bagiku melainkan atas (pertolongan) Allah.” (Q.S Huud: 88)
- “Jangan iri kecuali kepada dua perkara: (1) orang yang dianugerahi Allah harta kekayaan kemudian ia membelanjakannya di jalan yang benar, dan (2) orang yang diberi hikmah oleh Allah (pengetahuan tentang alquran dan hadis) kemudian ia melaksanakan dan mengajarkannya.” – HR. Bukhari
- “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S Al-Insyirah: 5-6)
- “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – (QS. Al-Baqarah: 286)
- “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” – (Q.S Az-Zumar: 10)
- “ Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula).” (QS. An Nur: 26)
- “Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” – (Q.S Al-Baqarah: 83)
- “dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” – (Q.S Al-Baqarah: 195)
Tuntutan Hak Tempat Tinggal
Tuntutan Hak Tempat Tinggal
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan hak tempat tinggal?
Jawapan:
Secara amnya ia merupakan suatu tuntutan oleh seorang isteri terhadap suaminya bagi menuntut hak tempat tinggal bagi dirinya.
Soalan 2
Bagaimana hendak menfailkan tuntutan hak tempat tinggal?
Jawapan:
Boleh menfailkan tuntutan hak tempat tinggal di Mahkamah Rendah Syariah di mana tempat anda tinggal atau bermastautin.
Tuntutan Mut‘ah
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan mut‘ah dan bilakan ia dilaksanakan?
Jawapan :
Mut‘ah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Ia dilaksanakan/diberi selepas tamatnya iddah.
Soalan 2
Apakah perkara yang diambil kira oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang itu mendapat mut’ah?
Jawapan :
Mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Tuntutan Tunggakan Nafkah
Sabitan Nusyuz
- apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
- apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
- apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
Tuntutan Poligami
- Borang tuntutan poligami yang lengkap. (1 asal dan 2 salinan)
- Satu salinan kad pengenalan/passport (Plaintif, Defendan, bakal isteri).
- Satu salinan surat perakuan nikah/ruju (Plaintif dan Defendan).
- Satu Salinan surat perakuan cerai/sijil kematian. (bakal isteri-jika janda/balu)
- Satu salinan sijil kelahiran anak/kad pengenalan anak (Plaintif dan Defendan)
- Satu salinan borang permohonan berkahwin (bagi Lelaki)-Borang 2B.
- Satu salinan slip gaji/penyata pendapatan (3 bulan akhir).
Soalan 8
Soalan 9
Nafkah
Soalan 1
Saya seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suami saya dan mempunyai anak. Jika saya ada masalah berkaitan pemberian nafkah oleh suami kepada anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi di manakah saya boleh merujuk masalah saya ini?
Jawapan :
Dalam perkara ini, apabila puan telah memperolehi perintah dari mahkamah syariah tentang pemberiaan nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut, maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran. Di Mahkamah Syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Kelurga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah berkaitan pelaksanaan perintah pembayaran nafkah.
Antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah :
i. Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.
ii. Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.
iii. Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.
iv. Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.
v. Membetulkan salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.
Soalan 2
Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?
Jawapan :
Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.
i. Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah :
i. Menyediakan makanan yang sepatutnya.
ii. Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
iii. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
iv. Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.
ii. Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.
iii. Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.
Soalan 3
Kenapa Mahkamah tak bayar nafkah sedangkan perintah telah dikeluarkan?
Jawapan :
Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan datang dari pihak suami bukan Mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di Mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan dan sebagainya sepertimana yang dipohon.
Soalan 4
Apakah yang menyebabkan gugurnya pemberian nafkah iddah ke atas isteri?
Jawapan :
Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah.
Soalan 5
Berapa lamakah tempoh perintah nafkah isteri dan anak-anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut berkuatkuasa?
Jawapan :
Sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah tersebut.
Manakala, lamanya tempoh perintah khusus bagi nafkah anak adalah bergantung keppada perkara-perkara berikut :
i. Jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat.
ii. Jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan.
iii. Jika sesuatu perintah itu dibuat untuk :
– Seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya.
– Seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya, Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
Soalan 6
Adakah jumlah pembayaran nafkah anak yang dikeluarkan sepertimana dalam Perintah Mahkamah boleh diubah?
Jawapan
Boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, seseorang yang ada mempunyai kepentingan, boleh membuat permohonan kepada Mahkamah sama ada untuk mengubah atau membatalkan sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dengan diasaskan ke atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan anak tersebut.
Soalan 7
Siapakah yang perlu menanggung nafkah anak?
Jawapan :
Adalah menjadi kewajipan bagi seorang bapa untuk menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya. Jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. Maka, menjadi kewajipan bagi seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak tersebut.
Soalan 8
Adakah tunggakan nafkah isteri dan anak boleh dituntut ke atas bekas suami atau bapa?
Jawapan :
Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu. Sekiranya tunggakan nafkah itu tidak dilangsaikan sebelum pihak yang mungkir itu mati, tunggakan nafkah tersebut hendaklah menjadi suatu hutang yang perlu dibayar dari harta pusakanya. Manakala, tunggakan nafkah yang tak bercagar pula hendaklah dibayar dalam tempoh orang yang berhak kepada tunggakan nafkah itu masih hidup dan sekiranya orang yang berhak itu mati, maka ia boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.
Soalan 9
Siapakah yang perlu menanggung nafkah anak luar nikah (anak tak sahtaraf)?
Jawapan :
Ibu yang melahirkan anak tak sah taraf tersebut adalah orang yang bertanggungjawab untuk menanggung nafkah anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya. Melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol.
Soalan 10
Siapakah yang berkewajipan untuk menanggung nafkah anak angkat?
Jawapan :
Jika seseorang lelaki (bapa angkat) telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.
Pusaka (Faraid)
Soalan 1
Apakah Kes Faraid?
Jawapan :
Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
i. Harta tak alih seperti tanah dan rumah.
ii. Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.
Soalan 2
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?
Jawapan :
Dokumen yang diperlukan ialah :
i. Borang permohonan yang lengkap
ii. Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.
iii. Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.
iv. Salinan geran harta/buku akuan/penyata.
v. Sijil nilaian harta jika ada.
vi. Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka.
Perceraian
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Ta’liq dan bagaimana sabitan Ta’liq boleh berlaku?
Jawapan :
Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.
Soalan 2
Apakah maksud Lafaz Kinayah?
Jawapan :
Lafaz Kinayah adalah lafaz-lafaz selain dari perkataan Talaq dan firaq atau cerai. Dengan lain perkataan sekiranya suami Puan menggunakan perkataan yang lain dari itu seperti menyebut “Kau berambus dari rumah ini” contohnya maka lafaz seumpama ini dikenali sebagi lafaz kinayah. Kesan lafaz kinayah ini mengikut Hukum ialah tidak sabit perceraian antara suami isteri tanpa niat menceraikan di pihak suami. Maka dalam kes ini maka pihak suami akan diminta untuk menyatakan samada ketika melafazkan perkataan tersebut beliau ada niat cerai atau sebaliknya. sekiranya beliau menyatakan yang beliau berniat untuk menceraikan isterinya maka sabitlah perceraiaan tersebut dan begitulah sebaliknya.
Soalan 3
Apakah makna Perceraian (Talaq)?
Jawapan :
Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.
Soalan 4
Bagimanakah bentuk Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) yang terdapat dalam Islam yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah?
Jawapan :
Penceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut :
i. Penceraian dengan lafaz Talaq
ii. Pengesahan Lafaz Talaq
iii. Fasakh
iv. Cerai Takliq
v. Tebus Talak/Khuluk
vi. Anggapan Mati
Soalan 5
Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?
Jawapan :
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.
Hak Jagaan anak - Hadhanah
Soalan 1
Siapakah yang berhak terhadap tuntutan hak jagaan anak ?
Jawapan :
Secara asalnya, Hukum Syarak menetapkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak terhadap penjagaan anak (Hadhanah) sekiranya ibu hilang kelayakan dibawah Hukum Syarak maka hak tersebut diberikan kepada nenek sebelah ibu keatas kemudian barulah bapa. Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sekiranya wujud pilihan anak dengan membuat pertimbangan kepada kebajikan dan kepentingan anak tersebut.
Soalan 2
Adakah kelayakan ibu sebagai seorang penjaga yang paling berhak boleh hilang?
Jawapan :
Hak seorang ibu terhadap penjagaan (hadhanah) adalah hilang :
i. Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak- kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
ii. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
iii. Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak- kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
iv. Jika dia murtad.
v. Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Soalan 3
Apakah kelayakan-kelayakan untuk menjadi seorang penjaga bagi kanak-kanak (Hadhinah)?
Jawapan :
Seseorang yang berkelayakan untuk menjadi seorang penjaga mestilah dia :
i. Sempurna akal.
ii. Berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih saying yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu.
iii. Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah.
iv. Tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa- apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Soalan 4
Berapa lamakah tempoh penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh undang-undang?
Hak penjaga bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki. Manakala umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan pihak penjaga tersebut, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Setelah tamatnya hak penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Soalan 5
Bagaimanakah hendak memfailkan tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) di Mahkamah Syariah?
Jawapan:
Anda boleh memfailkan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah di mana tempat anda
bermastautin.
Soalan 6
Siapakah yang berhak menjadi penjaga (Hadhinah) bagi seorang anak luar nikah (anak tak sah taraf)?
Jawapan :
Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.
kredit: jakessgov
Wasiat dan Hibah
Wasiat dan Hibah
Soalan 1
Ibu saudara saya telah meninggal dunia dan arwah tidak meninggalkan wasiat bertulis bagi harta sepeninggalannya. Ketika arwah hidup dia pernah berkata bahawa semua hartanya diserahkan kepada saya dan kakak kerana arwah telah menjaga kami sejak kecil. Jadi, adakah wasiat lisan yang disebutnya itu perlu dilaksanakan? Adakah pembahagian hartanya perlu mengikut hukum faraid iaitu membahagikan kepada ibunya dan adik-beradiknya kerana dia tidak mempunyai suami dan anak?
Jawapan :
Setiap dakwaan yang dikemukakan ke Mahkamah perlu dibuktikan. Jika benar ibu saudara anda telah memberi hartanya kepada anda ia perlu dibuktikan samada melalui akuan sumpah dan saksi serta disokong oleh bukti-bukti yang lain sehingga boleh membuktikan bahawa ianya adalah wasiat. Sekiranya tiada bukti mahupun saksi yang boleh menyokong kead antara ahli warisnya maka adalah sukar untuk membuktikan bahawa wasiat secara lisan telah berlaku dan ini bermakna warisnya mempunyai hak sepenuhnya terhadap harta si mati.
Soalan 2
Apakah perbezaan antara Hibah dan Wasiat?
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris manakala Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.
Cerai dengan darar dan syikak dan melantik Hakam sebagai Timbangtara.
Cerai dengan darar dan syikak dan melantik Hakam sebagai Timbangtara. |
(1) Apabila seseorang suami telah melakukan sebarang penganiayaan ke atas isteri atau menyakiti atau melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri sama ada dengan perkataan atau perbuatan dan isteri itu tidak sanggup untuk hidup bersama dan meneruskan perhubungan sebagai suami isteri, bolehlah isteri itu mengadu menuntut cerai kepada Mahkamah dan manakala sabit aduannya dan Mahkamah gagal mendamaikan di antara kedua-duanya, Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukum cerai dengan satu Talak Ba’in.
(6) Jika didapati bahawa Hakam-hakam itu tidak semuafakat dan berlaku pertentangan pendapat di antara satu dengan lain, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya kedua-duanya mengulangi usaha mereka dan jika sekiranya kemudian daripada itu didapati pertentangan di antara mereka masih berlaku, Mahkamah hendaklah memecat kedua-duanya dan melantik Hakam-hakam yang lain. (7) Jika didapati bahawa syikak atau pertikaian antara suami isteri itu tidak dapat didamaikan, dan Hakam-hakam mengetahui bahawa syikak atau pertikaian itu berpunca daripada suami atau daripada kedua-duanya atau tidak diketahui daripada mana-mana pihak dan Hakam-hakam itu berpendapat sukar mencapai perdamaian, hendaklah Hakam-hakam itu membuat keputusan cerai dengan satu Talaq Ba’in tanpa ‘iwadh dan dirujukkan kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut keputusan Hakam-hakam tersebut. (8) Jika didapati bahawa perkara syikak atau pertikaian itu berpunca daripada pihak isteri dan tiada harapan untuk didamaikan melainkan dengan cerai dan tiada halangan daripada suami, Hakam-hakam tersebut hendaklah membuat keputusan cerai satu Talaq Ba’in dengan Khulu’, keputusan tersebut dirujukkan ke pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut keputusan Hakam-hakam. |
Apa yang anda perlu tahu pasal perceraian?
PENCERAIAN | |
---|---|
1. | Bila surat cerai akan dikeluarkan? |
Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah tidak mengeluarkan surat cerai. | |
2. | Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh berlaku? |
Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah. | |
3. | Apakah Hak-Hak Suami Isteri Selepas Penceraian? |
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah : a) Nafkah eddah | |
4. | Bagimanakah bentuk Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) yang terdapat dalam Islam yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah? |
Penceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut : a) Penceraian dengan lafaz Talaq | |
5. | Apakah makna Perceraian (Talaq)? |
Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in. | |
6. | Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan sekiranya salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain dari Islam. |
Seksyen 46, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menjelaskan bahawa (1) jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain dari Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. (2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. | |
7. | Setakat manakah bidangkuasa Mahkamah melayani tuntutan perceraian? |
Mahkamah mempunyai bidankuasa melayani tuntutan perceraian jika: i. Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang; | |
8. | Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz? |
Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain: i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. | |
9. | Apakah hikmat disyariatkan iddah? |
Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta. Antara hikmat disyariatkan iddah ialah : i) Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan. ii) Perkara ta¿abbud (ibadat). iii) Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa d dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes talaq rajie sahaja. | |
10. | Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan? |
Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan. i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah: ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie. iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah. | |
11. | Apakah makna Perceraian (Talaq)? |
Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in. |
BUKAN BENCI TAPI DAH KECIL HATI

Ingat! Rumahtangga Mungkin Tak Bahagia, Kalau Buat 10 Perkara ini…
Ingat! Rumahtangga Mungkin Tak Bahagia, Kalau Buat 10 Perkara ini…
1. JANGAN membandingkan pasangan anda dengan orang lain – Setiap orang mempunyai idola sendiri. Contohnya mengharapkan calon pasangannya yang berkeperibadian tinggi seperti ayah atau ibunya. Kalau yang lelaki inginkan isteri yang pandai masak dan mempunyai ciri-ciri keibuan serta pandai memasak seperti ibunya.
Dan kalau wanita pula, mengharapkan calon suami yang mempunyai ciri-ciri seperti ayahnya; penyayang, suka memanjakan isteri, romantis, kacak dan berjaya dalam kerjaya. Sebaliknya setelah berkahwin, pasangan tidak seperti yang diimpikan. Sebenarnya perkara itu adalah lumrah, kerana tidak ada orang yang ‘perfect’. Sama juga seperti anda yang bukannya seorang yang serba sempurna. Jadi, belajarlah untuk menerima pasangan seperti seadanya. Jangan sesekali sampai terkeluar daripada mulut perkataan-perkataan yang boleh melukakan. Seperti; “Kenapa kari kepala ikan awak ni tidak sesedap kari kepala ikan yang emak saya buat?”
2. JANGAN mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak anda – Setiap orang yang ingin berkahwin pasti bercita-cita ingin memenuhi segala impian dan kehendak pasangan. Namun, tidak semuanya akan terlaksana. Kerana sifat semulajadi manusia, tidak ada yang sempurna. Sesungguhnya pasangan yang bahagia sentiasa bersedia untuk berkongsi apa yang ada dan tidak memaksa satu sama lain untuk menjadi alat mencapai impian.
3. JANGAN suka ambil mudah – Dulu anda bujang, tetapi kini telah mempunyai tanggung jawab. Berkelakuanlah seperti selayaknya. Kalau sebelum ini anda sering keluar malam bersama teman-teman, tetapi kini hendaklah dikurangkan. Atau sebaiknya dihentikan terus. Perkahwinan itu bukan sesuatu yang menyusahkan, tetapi ia adalah tanggung jawab. Mungkin anda lihat pasangan anda jenis tidak kisah, tetapi anda perlulah ambil kisah. Bukannya menggunakan kesempatan itu.
4. JANGAN memperbesar-besarkan perkara yang kecil – Sebelum berkahwin lagi anda sudah tahu, pasangan anda jenis yang tidak romantis, tidak pernah ingat tarikh-tarikh penting, tidak pandai untuk mengungkapkan perkataan maaf dan segala macam kekurangan lagi. Kemudian setelah berkahwin, mengapa perkara itu yang menjadi punca perselisihan faham. Belajarlah menerima pasangan dengan seadanya. Banyak lagi perkara besar yang harus difikirkan daripada merajuk kerana pasangan terlupa mengucapkan ‘selamat hari jadi!’
5. JANGAN letakkan kebahagiaan rumah tangga di bahu pasangan semata-mata – Kebahagiaan tidak terletak di bahu sesiapa kecuali diri sendiri. Seperti bagaimana cara seseorang itu berfikir. Jika mereka berfikiran secara positif dan gembira, bahagialah mereka. Suatu kesalahan besar jika meletakkan seluruh kebahagiaan pada pasangan, kerana jika berlaku sesuatu perkara yang buruk, umur atau jodoh tidak panjang, akan hilang seluruh kebahagiaan hidup mereka.
6. JANGAN cuba mengubah pasangan – Anda dan pasangan lahir, dibesarkan dan menjalani cara hidup yang berbeza. Setelah dewasa anda berdua dipertemukan. Adalah mustahil untuk mengubah pasangan mengikut cita rasa anda. Dan anda sendiri, pasti tidak suka jika pasangan cuba mengubah anda mengikut cita rasanya.
Cara terbaik ialah secara berdiplomasi. Seperti minta dia lebih peka dengan perasaan orang lain, terutama anda. Apa yang anda suka dan tidak suka tentang dirinya, tetapi dalam waktu yang sama jangan sampai si dia tersinggung. Selain daripada itu, dorong dia (kalau boleh tanpa disedarinya) menonjolkan sikap-sikap yang positif.
7. JANGAN memendam perasaan sekiranya berlaku konflik atau pertengkaran – Ada pasangan yang mengelak daripada membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik atau bagi mengelakkan pertengkaran. Perkara ini hanya akan menambahkan kerumitan kerana salah seorang merasa tidak puas hati. Dalam erti kata lain, ianya akan menjadi ‘kudis yang bernanah’ sekiranya tidak dirawat.
8. JANGAN menutup mata terhadap kesalahan pasangan – Pasangan anda tidak pandai menghormati orang tua anda. Anda hanya mendiamkan diri kerana takut dia berkecil hati atau pun marah. Mengharap, lama-lama nanti dia akan faham juga. Maklumlah baru berkahwin. Ini satu kesilapan besar. Bagaimana nanti jika setelah beranak pinak, pasangan anda masih tidak mahu berubah.
Malah apabila anda menegur, dia menjawab:
“Kenapa baru sekarang awak nak tegur? Dulu awak tak kisah pun.
Mentang-mentanglah saya dah tua, dah tak cantik.
Semuanya dah tak kena di mata awak.” Siapa nak jawab?
9. JANGAN terlalu cemburu – Memang cemburu tandanya sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan sehingga pasangan tidak boleh bergerak langsung pun, tak elok juga. Daripada cemburu akan timbul perbuatan mengawal. Sikap terlalu mengawal akan menimbulkan rasa bosan kepada pasangan kerana merasa dirinya tidak dipercayai. Sesungguhnya sikap percaya mempercayai adalah teras dalam sesebuah perkahwinan. Dan lagi, orang yang merasa dirinya dikawal akan berusaha mencari jalan keluar untuk bebas daripada rasa terkongkong.
10. JANGAN menyerang pasangan secara peribadi – Jika berlaku pertengkaran, jangan sesekali menyerang pasangan secara peribadi. Cuba berbincang secara rasional. Elakkan daripada meletakkan kesalahan pada pasangan dan mengungkit keburukan satu sama lain sehingga terlupa tentang nilai perhubungan yang sebenar. Seronok bagi yang menang. Tetapi yang merasa dirinya kalah, sudah pasti akan memendam perasaan. Ini bererti, tiada jalan penyelesaian yang diperoleh.
Harta Sepencarian
Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian.
Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.
Apakah harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian?
- Harta yang boleh dituntut adalah harta alih dan harta tidak alih.
- Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.
Bagaimanakah Mahkamah Syariah menentukan bahagian suami atau isteri dalam tuntutan harta sepencarian?
Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.
CONTOH:
i) Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
ii) Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.Bilakah saya boleh menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian?
Harta sepencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlaku perceraian, poligami atau selepas kematian salah satu pihak.
Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?
Bahagian harta sepencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.
Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta sepencarian selepas perceraian?
Ya puan boleh menuntut harta sepencarian dan puan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung puan.
Saya berkahwin di Thailand, tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Adakah saya boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia jika berlaku perceraian/ poligami/ kematian suami?
Jika puan ingin memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah Malaysia, puan perlu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Malaysia dan mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama terlebih dahulu.
Saya ingin menuntut bahagian saya dalam harta sepencarian ke atas rumah yang didaftarkan atas nama arwah suami. Bagaimana untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suami?
Bagi kes harta sepencarian selepas kematian, Puan perlu memohon di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menentukan bahagian puan ke atas harta milik arwah suami tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah harta tersebut dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak.
Adakah anak saya menuntut harta sepencarian?
Hanya pasangan suami isteri sahaja yang boleh menunut harta sepencarian.
Adakah suami saya berhak menuntut harta sepencarian ke atas harta di atas nama saya seorang?
Ya boleh dan beliau perlu membuktikan sumbangannya ke atas harta tersebut.
Kredit: Nursahila binti Ayub
Associate, Abdul, Low & Partners
Kata rezeki keluarga
Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak kebahagiaan yang kita dapatkan.
“Orang yang bersyukur selalu menghiasi wajah mereka dengan senyuman.”
“Jalan terindah dari kehidupan adalah mensyukuri apa yang telah kita jalani setiap hari, tanpa ada penyesalan diri.”
“Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, maka pasti ia tidak akan pernah bersyukur dengan yang banyak.”
“Selalu bersyukur untuk hari ini, esok hari, dan selanjutnya hingga ajal menjemput.”
“Hidup akan terasa lebih indah jika kita mau bersyukur.”
“Bersyukur jauh lebih baik daripada mengeluh.”
“Percayalah, orang yang ikhlas dan pandai bersyukur akan selalu mendapat jalan keluar dari setiap masalah.”
“Jangan sesali apa yang ada padamu. Syukurilah maka kamu akan bahagia.”
“Inti dari kehidupan yang indah ini adalah syukur.”
Manusia sudah diciptakan lengkap dengan rezekinya masing-masing, tidak akan tertukar. Tinggal jemput dengan ikhtiar dan doa. Cari berkat-Nya dengan cara yang halal.
Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya, dan diakhirkan ajalnya, maka hendaknya dia menyambung tali silaturahim
Jangan takut tidak punya rezeki. Takutlah kalau tidak berkat, takutlah kalau tidak punya syukur, takutlah tidak punya sabar.
Rezeki itu adalah ujian. Dimewahkan bukan bererti dimuliakan, disempitkan bukan bererti dihinakan. Dua kunci yang meluluskan kita adalah syukur dan sabar.
Rezeki itu milik Allah. Makin kita ikhlas memberi kepada orang lain, Insyaallah Dia memudahkan rezeki kita.
Rezeki yang disyukuri akan terasa lapang, rezeki yang dikufuri akan terasa kurang
Rezeki dari Allah itu pasti cukup untuk hidup, tapi tak akan cukup untuk gaya hidup
Alangkah lebih baik jika kamu mensyukuri segala nikmat yang Tuhan beri daripada terus menghitung kekuranganmu
Jalan terindah dari kehidupan adalah mensyukuri apa yang telah kita jalani setiap hari, tanpa ada penyesalan diri
Untuk mendapatkan sesuatu yang kau inginkan, terkadang kau harus bersabar dengan sesuatu yang kau benci
Jangan iri dengan pencapaian orang lain yang lebih baik dari kita. Jadikan itu motivasi kenapa orang lain boleh dan kita harus juga boleh dan harus lebih baik.
Manusia tidak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya, tapi rezeki pasti tahu di mana pemiliknya
Tidak ada penderitaan yang abadi, tidak ada kebahagiaan yang abadi. Kecuali bagi yang pandai bersyukur, selamanya ia akan merasakan kebahagiaan
Cara menjaga hubungan suami isteri
Sebak Dan Sedih, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Saksikan Penceraian Berlaku Depan Mata Sendiri
9 Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung. Suami 'Take Note'!
Menjadi seorang suami dan ketua keluarga bukanlah satu tugas yang mudah. Seorang suami perlu menggalas amanah besar menjaga, mendidik dan juga memelihara isteri tidak kira waktu dan ketika.
Wanita adalah satu mahkluk ciptaan Tuhan yang indah dan istimewa. Bukan mudah untuk memahami mereka tambah-tambah lagi apabila sang isteri sedang sarat mengandung. Tentunya mereka memerlukan bantuan seorang suami kerana diri mereka yang tidak stabil dari segi fizikal dan emosi.
Jadi apakah perkara yang perlu dilakukan seorang suami ketika isteri sedang mengandung? Ikuti tips ini:
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini, isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
#Tips 2: Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
#Tips 3: Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
#Tips 4: Jangan bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
#Tips 5: Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
#Tips 6: Bantu siapkan hidangan makanan
Sekiranya sebelum ini, segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugas yang sama.
#Tips 7: Bantu jaga anak yang lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
#Tips 8: Bawa isteri ke mana sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana saja mereka mahu pergi.
#Tips 9: Pinjamkan tangan pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. Maksud pinjamkan tangan di sini, ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri ketika dalam apa keadaan sekalipun. Percayalah, isteri anda pasti rasa dihargai.
kredit: sayscom
#pengajaransuphianismaill
__________________
'Aku Harap Kepada Mereka Yang Bergelar Isteri Tidak Melakukan Kesilapan Ini'
Aku Harap Kepada Mereka Yang Bergelar Isteri Tidak Melakukan Kesilapan Ini
Menjadi seorang isteri bukanlah satu tugas yang mudah. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan adalah amat besar sekali. Dan sifat sabar adalah antara kunci kebahagiaan rumahtangga.
Mari ikuti kisah wanita ini yang kini menyesal kehilangan suami tercinta akibat sifat dan layanan buruk yang diberikan kepada bekas suaminya sepanjang hidup bersama dulu:
Assalamualaikum readers….
Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.
Bismillah.
Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.
Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.
Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.
Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.
Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.
Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.
Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.
Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.
Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.
Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.
Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.
Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.
kredit: IIUM Confessions
#pengajaransuphianismaill
__________________
Doa Murah Rezeki Neelofa
Ya Allah,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
Berikan aku rezeki seluas langitmu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zamzam mu yang bertebaran di seluruh dunia,
Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawaku ke syurgamu,
Rezeki yang tak disangka – sangka,
Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara islam dan membantu membawa pendakwah – pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku,ibubapa, keluarga, sahabat , guru – guru, dan kenalan aku ke syurgamu
kredit: Doa Murah Rezeki Neelofa
__________________
14 AMALAN MURAH REZEKI
14 AMALAN MURAH REZEKI
Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia.
Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.
#1 Memperbanyakkan Beristighfar
Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,
Firman Allah SWT maksudnya: “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sabda Nabi SAW; “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan
Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
#3 Hindari Dosa
Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.
Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
#6 Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.
Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.
Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”
(Al Baqarah: 261)
#7 Membantu Mereka Yang Lemah
Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi; “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi SAW bersabda maksudnya; “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka
Apabila kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain, insya-Allah Allah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia
Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita, semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.
Nabi SAW bersabda; “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang
Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali, “Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah sesaorang pun ikut singgah di situ.
Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di tengah lautan.”
#11 Solat Dhuha
Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi; “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
#12 Sentiasa Bersyukur
Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.
Firman Allah SWT; “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hamba-Nya.
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)
#14 Bertawakal Kepada Allah
Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah; “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Semua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja Itu sahaja perkongsian daripada kami tentang amalan untuk dimurahkan rezeki.
kredit: http:quranicgen.com/
__________________
Pentadbiran Harta Pusaka
Pentadbir Harta Pusaka
Dalam menguruskan harta pusaka seseorang si mati, beberapa langkah boleh diikuti seperti berikut:
- Lantik Pentadbir – Waris-waris boleh bersepakat untuk melantik seorang pentadbir atau suatu pihak untuk mentadbir harta pusaka si mati. Pentadbir yang diamanahkan akan melaksanakan urusan pusaka si mati hingga selesai.
- Kenal Pasti Waris-Waris – Siapa waris-waris yang berhak dan yang tidak berhak ke atas harta pusaka si mati.
- Kenal Pasti Harta-Harta – Apa harta-harta yang ditinggalkan oleh si mati dan menentukan harta-harta tersebut harta pusaka atau tidak.
- Kenal Pasti Kos Urusan Jenazah – Siapa yang membayar kos urusan jenazah si mati sehingga dikebumikan adakah melalui khairat kematian atau pendahuluan oleh waris. Ia perlu digantikan daripada harta pusaka si mati jika berbentuk hutang.
- Kenal Pasti Hutang-Piutang – Apakah hutang-hutang yang ditinggalkan oleh si mati, sama ada hutang dengan Allah (zakat, fidyah, kaffarah, haji) atau hutang dengan manusia (pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dll.)
- Kenal Pasti Tuntutan Harta Sepencarian – Sama ada balu / suami si mati ingin membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah atau tidak.
- Kenal Pasti Wasiat – Sama ada si mati ada meninggalkan wasiat atau tidak. Jika ada, waris hendaklah memohon perintah pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah.
- Beri Kebenaran kepada Waris – Waris-waris boleh bersepakat untuk memberikan kebenaran kepada waris-waris lain yang menduduki harta pusaka atau memakan hasil sementara proses pentadbiran harta pusaka dilaksanakan.
- Mohon Perintah Faraid – Pentadbir yang dilantik boleh membuat permohonan perintah faraid di Mahkamah Syariah untuk penentuan waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
kredit:efaraid.mais
__________________
5 jenis hadiah ini tak pernah 'lapuk', wanita pasti suka!
MENCARI hadiah yang sesuai untuk isteri atau teman wanita boleh membuatkan si lelaki tertekan kerana ia bukan tugas mudah!
Mana tidaknya, jika tersalah beli ia boleh menyebabkan perang besar walaupun niat anda baik untuk menggembirakan orang tersayang.
1. Minyak Wangi
Wanita mana yang tidak suka minyak wangi? Apatah pula jika ia daripada jenama terkenal yang mempunyai bau digemarinya.
Sedikit tips, jika hendak selamat jangan pilih bau buah-buahan atau pun flora sebaliknya pilih bau lembut.
2. Baucer, Wang Tunai
Jika anda buntu hendak membeli hadiah untuk insan tersayang, apa kata hadiahkan sahaja baucer tunai atau wang tunai!
Wanita sebenarnya lebih suka memilih barang diinginkan sendiri tetapi demi menunjukkan keikhlasan, temanlah si dia dan bersetuju dengan apa sahaja pilihannya.
3. Rawatan Spa
Manjakan wanita kesayangan anda dengan rawatan spa lengkap termasuk urutan badan dan rawatan muka. Pasti dia seronok.
4. Beg Tangan
Jika ada bajet lebih apa kata belikan isteri atau teman wanita anda beg tangan berjenama dan tengok apa reaksinya nanti.
5. Barang Kemas
Barang kemas bukan sahaja ‘sahabat’ baik wanita malah ia adalah pelaburan yang cukup menguntungkan.
kredit:mstar
__________________
HADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian?
HADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian?
Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan tersebut, malah turut memberi kesan kepada anak tersebut sama ada secara fizikal atau mental.
Selepas berlakunya perceraian, persoalan yang sering timbul adalah siapakah yang akan mendapat hak jagaan anak, apakah hak bagi pihak yang tidak mendapat hak jagaan, berapa lama tempoh penjagaan dan sebagainya.
Merujuk kepada Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, ibu kandung adalah paling layak untuk mendapat hak jagaan anak selagi mana ibu kandung tersebut tidak hilang kelayakan sebagai penjaga. Sebab yang membolehkan ibu kandung hilang kelayakan berdasarkan Seksyen 84 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ialah:-
- Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
- Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
- Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
- Jika dia murtad.
- Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
__________________
Ternyata Mengajak Isteri Jalan-Jalan Lebih Besar Pahalanya.
Ternyata Mengajak Isteri Jalan-Jalan Lebih Besar Pahalanya.
Ternyata Pahala Mengajak Isteri Jalan-Jalan Sangat Besar
Masya Allah, mungkin ada yang baru tahu, Ternyata Pahala menemani istri jalan-jalan bisa lebih baik dari pahala iktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh Apa yang anda dapatkan jika dengan ikhlas menemani seorang sahabat atau orang terdekat anda membeli barang barang kebutuhan sehari hari? Pasti banyak yang berfikir bahwa apa yang telah kita lakukan hanya berbalas pahala dan ucapan terima kasih saja.
Rasullulah SAW bersabda;
“Sungguh aku berjalan bersama seorang saudara (muslim) di dalam sebuah keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ku (masjid Nabawi) ini selama sebulan.”(HR. Ath-Thabarani)
Syaikh Muhammad bin shalih Al-Ustaimin rahimahullah berkata,
“Menunaikan kebutuhan kaum muslimin lebih penting dari pada iktikaf, karena manfaatnya lebih menyebar, menfaat ini lebih baik daripada manfaat yang terbatas (untuk diri sendiri). Kecuali manfaat terbatas tersebut merupakan perkara yang penting dan wajib dalam Islam (misalnya shalat wajib).”
etapa mulianya kita jika ikhlas walau hanya sekedar menemani orang lain berjalan-jalan. Maka apalagi ikhlas itu dilakukan kepada istri anda sebagai orang yang paling berhak anda bahagiakan di dunia ini. Rasullulah SAW bersabda
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya.” (HR At-Thirmidzi)
Maka duhulukanlah istrimu dari pada teman teman mu. Perhatikan keinginan dan temaini istri dan anak-anak mu karena sebagaimana mereka adalah paling berhak mendapatkan kebaikan dari dirimu (suami). Sekedar pergi menemani istri dan anak-anak berbelanja, jalan jalan dengan rasa bahagia dan ikhlas dilakukan, ganjarannya pahala yang menanti bisa melebihi dari iktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh.
Wallahu a’lam..
kredit: soyalemon
__________________
PEMBUBARAN PERKAHWINAN
(1) Apabila seseorang suami telah melakukan sebarang penganiayaan ke atas isteri atau menyakiti atau melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri sama ada dengan perkataan atau perbuatan dan isteri itu tidak sanggup untuk hidup bersama dan meneruskan perhubungan sebagai suami isteri, bolehlah isteri itu mengadu menuntut cerai kepada Mahkamah dan manakala sabit aduannya dan Mahkamah gagal mendamaikan di antara kedua-duanya, Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukum cerai dengan satu Talak Ba’in.
(2) Jika didapati bahawa aduan isteri itu tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah dengan sebab ia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan kemudian daripada itu isteri berulang-ulang membuat aduan yang sama dan Mahkamah mendapati pertikaian sentiasa berlaku di antara suami isteri tersebut, Mahkamah bolehlah melantik dua orang Hakam yang layak dan berkebolehan dalam perkara timbangtara seorang bagi pihak suami dan seorang bagi pihak isteri mengikut Hukum Syarak.
(3) Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (2) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(4) Mahkamah boleh memerintahkan kepada Hakam itu berkenaan cara-cara menjalankan perdamaian atau penyelesaian dan hendaklah Hakam itu menyempurnakan perintah-perintah itu mengikut Hukum Syarak menjalankan penyiasatan untuk mengetahui sebab-sebab syikak atau punca pertikaian antara suami isteri itu, dan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh pada mendamaikan kedua-dua hingga berjaya.
(5) Hakam yang dilantik hendaklah berusaha mendapat kuasa penuh daripada kedua belah pihak-
(a) | jika ia Hakam bagi suami, untuk melafazkan talaq atau menerima tebusan; dan |
(b) | jika ia Hakam bagi isteri untuk menerima talaq atau membayar tebusan; |
dan mana-mana satu tindakan yang diambil, hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah yang akan merekodkan tindakan tersebut sewajarnya dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakuinya kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
(6) Jika didapati bahawa Hakam-hakam itu tidak semuafakat dan berlaku pertentangan pendapat di antara satu dengan lain, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya kedua-duanya mengulangi usaha mereka dan jika sekiranya kemudian daripada itu didapati pertentangan di antara mereka masih berlaku, Mahkamah hendaklah memecat kedua-duanya dan melantik Hakam-hakam yang lain.
(7) Jika didapati bahawa syikak atau pertikaian antara suami isteri itu tidak dapat didamaikan, dan Hakam-hakam mengetahui bahawa syikak atau pertikaian itu berpunca daripada suami atau daripada kedua-duanya atau tidak diketahui daripada mana-mana pihak dan Hakam-hakam itu berpendapat sukar mencapai perdamaian, hendaklah Hakam-hakam itu membuat keputusan cerai dengan satu Talaq Ba’in tanpa ‘iwadh dan dirujukkan kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut keputusan Hakam-hakam tersebut.
(8) Jika didapati bahawa perkara syikak atau pertikaian itu berpunca daripada pihak isteri dan tiada harapan untuk didamaikan melainkan dengan cerai dan tiada halangan daripada suami, Hakam-hakam tersebut hendaklah membuat keputusan cerai satu Talaq Ba’in dengan Khulu’, keputusan tersebut dirujukkan ke pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut keputusan Hakam-hakam.
kredit: esyariah
__________________
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Aamiin Ya Rabbal Alamin…
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Isteri Perlu Timbang Rasa Jika Pasangan Berhadapan Kepayahan Mencari Nafkah Dari aspek pemberian nafkah terdapat situasi berbeza dalam sesebuah institusi rumah tangga.







Paling susah mau buat apalagi kalo sudah kahwin berbelas atau berpuluh tahun. SUSAH UNTUK DIBUAT DALAM RUMAHTANGGA TAPI BOLEH USAHA CUBA.
Sekali Suami Menipu, Ia Akan Meninggalkan Sebuah Lubang Dalam Hati Isteri
Pengertian Perkahwinan
PERKAHWINAN |
Pengertian Perkahwinan:
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
PERMOHONAN PERKAHWINAN MELALUI MAHKAMAH
Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dipohon melalui Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat bakal isteri itu bermastautin.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu di rujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin. Kes – kes tersebut ialah:
- Pemohonan Lelaki dibawah umur 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun
- Permohonan seorang perempuan janda berhias iaitu perkahwinan oleh seorang perempuan yang mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya.
- Permohonan perkahwinan Wali Hakim:
- Permohonan berpoligami.
SEBAB PERMOHONAN MENGGUNAKAN WALI HAKIM
Walau bagaimanapun permohonan perkahwinan menggunakan Wali Hakim adalah kerana beberapa sebab iaitu :
1. Tiada Wali Yang Sah Dari Nasab
Tidak Ada Wali Nasab
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
‘Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali’.
(Riwayat Al-Khamsah)
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.
2. Wali Ghaib.
Adalah dimana situasi wali tidak dapat dihubungi atau dikesan, maka bagi pihak bakal pengantin perempuan hendaklah membuat permohonan berkahwin secara berwali hakim.
Proses permohonan perkahwinan secara berwali hakim
PROSES DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
- Membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tentang Wali yang tidak dapat dihubungi atau dikesan (Wali Ghaib).
- Pejabat agama islam yang berkenaan akan membuat siasatan berkaitan perkara tersebut dan jika didapati Wali berkenaan benar-benar tidak dapat dikesan, maka Pejabat agama islam yang berkenaan akan mengeluarkan satu laporan dan surat iringan yang berkaitan untuk di lampirkan bersama bagi pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah.
Proses permohonan perkahwinan secara berwali hakim
PROSES DI MAHKAMAH SYARIAH
- Bakal pengantin perempuan (pemohon) akan membuat permohonan dan pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah beserta lampiran dari pejabat agama.
- permohonan bagi kes wali hakim boleh menggunakan khidmat peguam atau tidak diwakili peguam.
- Pemohon di kehendaki membuat permohonan Interlokoturi /mencelah’ untuk proses membuat iklan di Surat Khabar perdana. (borang permohonan Interlokoturi disediakan di Mahkamah)
- setelah selesai proses pengiklanan bagi mencari wali tersebut dan pemohon hendaklah menyimpan satu keratan iklan berkenaan bagi dijadikan bukti di mahkamah.
- Proses pengiklanan di surat khabar dibuat dalam jangka masa 3 minggu (kos ditanggung oleh pemohon).
PROSES PERBICARAAN
- Setelah Pemohon mengikut prosiding seperti diatas proses perbicaraan akan dijalankan.
- Pihak Pemohon hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang saksi Lelaki atau 2 Orang saksi perempuan.
- Jika hakim berpuashati dengan keterangan pihak-pihak (Permohon dan saksi) hakim akan membuat keputusan.
- jika tidak berpuas hati dengan keputusan hakim pemohon boleh mengemukakan Rayuan.
3. Anak Tidak Sah Taraf.
ANAK TIDAK SAH TARAF
Anak Tidak Sah Taraf
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.
4. Wali Enggan.
WALI ENGGAN
Wali Enggan
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: ‘Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:’Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya’. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
‘Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya’.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: ‘Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan’.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
‘Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya’.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
‘Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali’.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
5. Wali Dalam Ihran/Umrah.
WALI DALAM IHRAN/UMRAH
Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
‘Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin’.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.
6. Wali Tidak Cukup Syarat
WALI TIDAK CUKUP SYARAT
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.
Permohonan menggunakan wali hakim harus dimulakan di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah sebelum dokumen berkaitan diserahkan ke Mahkamah Rendah Syariah yang berkaitan.
CATATAN:
INI IALAH SUATU PENERANGAN RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERINCI.
kredit:jksm.kelantan
_________________________________________
PERCERAIAN DAN JENIS-JENISNYA:
PERCERAIAN
PERCERAIAN DAN JENIS-JENISNYA:
Perceraian ialah perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi. Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.
Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.
(rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).
Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.
Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan suami isteri yang bergaduh akan melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Jika isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan memohon fasakh.
JENIS-JENIS PERCERAIAN
Dalam Undang-undang Keluarga Islam Kelantan jenis-jenis perceraian dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu;
1. TALAK
TALAK
Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).
Jenis-Jenis Talak
Talak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak Raj’i dan talak Ba’in.
- Talak raj’i ialah Seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.
- Talak bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.
Talak ba’in kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat islam di negara kita ini adalah lafaz cerai atau lafaz talak luar mahkamah atau dengan lebih tepat lagi dengan istilah mahkamah adalah lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah. Lafaz talak luar mahkamah ini menjadi kesalahan yang di kategorikan sebagai jenayah syariah, di Negeri Kelantan, mana-mana suami yang didapati bersalah melakukan kesalahan lafaz cerai luar mahkamah boleh di dakwa melalalui enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005, seksyen 125 yang akan dikenakan hukuman denda sebanyak RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
(Rujuk : enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005, seksyen 125)
2. FASAKH
FASAKH
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.
Syarat-syarat Fasakh
Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah fasakh ada dua perkara iaitu:-
- Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
- Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan, bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.
Perbezaan Fasakh Dengan Talak
Fasakh dengan talak adalah berbeza, Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim. Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.
Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh
Di antara kecacatan yang membolehkan fasakh ialah:
- Kecacatan yang berkaitan dengan alat kelamin dan menghalang daripada berlakunya persetubuhan, contoh bagi lelaki ialah terpotong zakar, mati pucuk atau tidak ada buah zakar, manakala bagi perempuan ialah lubang farajnya tersumbat dengan daging ataupun dengan tulang
- Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan tetapi terdapat penyakit yang menjijikan atau merbahaya, yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali terpaksa menanggung kesusahan (kemudaratan) seperti kusta, sopak dan gila.
Jika kecacatan yang disebut sebelum ini berlaku kepada suami atau isteri selepas akad nikah sama ada selepas persetubuhan atau sebelumnya. Kecacatan tersebut boleh menghalang persetubuhan seperti terpotong kemaluan atau mati pucuk bagi suami atau lubang faraj isteri tertutup disebabkan daging atau tulang yang tumbuh atau kecacatan tersebut tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti sopak, kusta dan gila, pasangannya boleh memilih untuk menfasakhkan nikah.
Walaubagaimanapun, jika suami mati pucuk selepas berlakunya persetubuhan ia dikecualikan daripada hukum di atas kerana dalam masalah tersebut isteri hilang hak untuk memilih fasakh kerana maksud nikah di pihak isteri iaitu mas kahwin dan persetubuhan telah tercapai dan perkara tersebut telah pun sempurna sebelum berlakunya mati pucuk. Selain itu, wali juga berhak menfasakhkan nikah jika didapati berlakunya kecacatan pengantin lelaki sebelum berlakunya akad nikad. Hak ini ada pada wali sama ada pengantin perempuan setuju fasakh ataupun tidak. Ini kerana wali akan berasa malu dengan kecacatan tersebut.
Jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan wali tidak berhak menfasakhkan nikah. Ini kerana pada kebiasaanya perasaan malu tidak akan menimpanya, ia berbeza dengan kecacatan yang berlaku sebelum akad nikah. Begitu juga wali tidak mempunyai hak untuk menfasakhkan nikah disebabkan kecacatan mati pucuk dan terpotong kemaluan yang berlaku sebaik sahaja berlaku akad. Ini kerana mudarat itu hanya akan dihadapi oleh isteri sahaja dan dia meredainya, pada kebiasaanya wali tidak akan mendapat malu.
Selain itu, pengantin lelaki atau perempuan tidak boleh menfasakhkan sendiri perkahwinan mereka disebabkan berlakunya kecacatan yang telah disebut di atas. Meraka mesti membawa perkara tersebut kepada kadi serta meminta kadi menfasakhkan nikah tersebut dan jika terbukti berlakunya kecacatan kadi mestilah menfasakhkan nikah tersebut.
Kesan Fasakh Di Sebabkan Kecacatan
Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa-apa. Dan jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.
Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikad ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya, maka isteri wajib mendapat mahar misil. Dan jika menfasakhkan nikah dengan sebab berlaku kecacatan selepas persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab-sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan ia tidak akan merubah hakikat tersebut.
3. KHULUK ATAU TEBUS TALAK
KHULUK ATAU TEBUS TALAK
Khuluk atau tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati sebelum ini kepada suaminya. Khuluk adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh isteri kepada suaminya Khuluk disyariatkan adalah berpandukan ayat al-Qur’an yang bermaksudnya : oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukuman Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran tersebut).
Sabda Rasulullah s.a.w.:
عن ابن عباس رضى الله عنهما: أن امرأة ثابت بن قيس جاءت الى رسول الله صلى الله عليه وسلم, فقالت : يا رسول الله, إني ما أعيب في خلق ولا دين, ولكن أكره الكفر في الإسلام, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أتردين عليه حديقته؟ قالت : نعم, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اقبل الحديقة, وطلقها تطليقة.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari Ibn Abbas Sesungguhnya isteri Thabit bin Qais datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya saya tidak mengaibkan akhlak dan agama (suami saya Qais), tetapi saya tidak menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya menyebabkan saya melakukan maksiat (atau kerana kebencian yang bersangatan akan mendorongnya menzahirkan kekufuran supaya terfasakh perkahwinan),” maka Rasulullah bersabda, “mahukah kamu kembalikan kepadanya kebun (yang dijadikan maharmu).” kemudian Baginda bersabda (kepada suaminya), “terimalah kembali kebun itu, dan cerailah dia satu talak.
Hukum Khuluk
Khuluk adalah diharuskan, khuluk tidak akan berlaku melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. Dan jika harta tebusan diketahui dan disebut semasa ketika lafaz khuluk’, tebusan yang disebut itulah yang wajib diberikan oleh isteri kepada suaminya. Jika sekiranya tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat, khuluk tetap sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada isterinya. Sekiranya suami menggunakan kalimah khuluk untuk tujuan talak tanpa menyebut sebarang harta tebusan dan tidak terlintas dihatinya untuk mendapatkan tebusan, ia adalah talak biasa yang menggunakan lafaz khuluk sebagai kinayah (kiasan). Maksudnya lafaz tersebut dianggap sebagai talak kinayah dan lafaz itu dijadikan talak raj’i.
Khuluk tidak berlaku melainkan daripada isteri yang berakal dan matang. Isteri yang tidak berakal atau kurang matang tidak layak membuat keputusan dan tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan sesuatu. Maka jika suami melafazkan khuluk ke atas isterinya yang berkeadaan sedemikian, talak yang berlaku adalah talak raj’i dan suami berhak mendapat tebusan khuluk. Dan jika suami melafazkan khuluk terhadap isterinya, isteri berhak menguruskan dirinya sendiri dan suami tidak ada hak ke atasnya. Selain itu suami tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya semasa idah kerana khuluk adalah seperti talak ba’in. Jika mereka ingin hidup bersama semula ia mestilah mengadakan akad dan mas kahwin yang baru dan isteri berhak membuat keputusan untuk kembali bersama atau tidak.
Isteri yang dikhuluk tidak boleh dizihar atau diilla’ oleh bekas suaminya sepanjang tempoh idah. Talak, zihar dan illa’ yang dilafazkan oleh suami yang melafazkan khuluk tidak akan memberi sebarang kesan ke atas bekas isteri kerana lafaz khuluk sudah menjadikan bukan isterinya, keadaan ini berbeza dengan isteri yang talak secara raj’i ini kerana isteri yang ditalak secara raj’i boleh ditalak semula untuk talak kedua atau zihar oleh suaminya sepanjang tempoh idah dan ia mempunyai kesan-kesanya yang tersendiri. Suami juga diharuskan malafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid ataupun dalam keadaan yang suci walaupun selepas menyetubuhinya. Isteri tidak akan dikira menanggung kemudaratan dengan sebab khuluk ini kerana khuluk berlaku atas keinginannya sendiri untuk bebas daripada ikatan perkahwinan. Kemudaratan kepada isteri tidak berlaku dalam khuluk sebagaimana yang mungkin berlaku disebabkan talak biasa yang merupakan keinginan suami.
Syarat-syarat Khuluk
Syarat-syarat khuluk ialah seperti berikut:-
- Perasaan benci timbul daripada isteri, Khuluk hanya dibenarkan apabila isteri membenci suaminya atas sebab-sebab tertentu dan menuntut perceraian. Sekiranya perasaan benci lahir daripada suami, maka suami tidak boleh menebus talak daripada isterinya, sebaliknya boleh terus melafazkan talak sekiranya bimbang berlaku pergaduhan yang boleh mendatangkan keburukan.
- Isteri tidak dibenarkan menebus talak kecuali berada dalam keadaan darurat seperti suami tidak mahu menunaikan perintah Allah setelah disuruh ataupun isteri tidak dapat menunaikan kewajipannya dengan baik terhadap suaminya.
- Suami tidak boleh menyakiti hati isteri sehingga menyebabkan isteri terpaksa menebus talak daripadanya. Sekiranya perkara sedemikian berlaku, suami tidak berhak mengambil apa-apa pun daripada isteri sebagai tebusan kerana perbuatan suami itu dianggap sebagai maksiat.
- Mengikut aturan-aturan khuluk seperti berikut:-
- Harta yang diambil suami sebagai tebusan digalakkan tidak melebihi mas kahwin yang diberkanya kepada isteri.
- Wanita yang dikhulukkan oleh suaminya mestilah menjalani tempoh idah selama satu kali haid.
- Suami yang menceraikan isteri dengan cara khuluk, tidak boleh merujuk kembali dengan isterinya semasa tempoh idah dan suami boleh merujuk dengan isterinya dengan cara akad yang baru.
- Bapa boleh menebus talak bagi anak perempuannya yang masih kecil sebagai gantian kepada anaknya yang masih belum matang.
4. LI’AN
LI’AN
Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “لاعن” iaitu mengutuk. Dan diambil daripada perkataan “اللعن” iaitu kutukan.
L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.
Dalil Pensyariatan Li’an
Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
عن سهل بن سعد الساعدى رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا). وأشار بالسبابة والوسطى, وفرج بينهما شيئا.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah pernah bersabda: “aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah seperti disyurga”. Nabi s.a.w. memperlihatkan jari tengah dan telunjuknya lalu merenggangkannya.
Syarat-Syarat Sah Li’an
Untuk menjadikan li’an itu sah, mestilah mengikut syarat-syarat berikut:-
Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an.
- Li’an suami mendahului lian isteri.
- Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan li’an. Jika salah seorang menukar lafaz penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian.
- Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara mualat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.
- Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong. Contonya berkata: perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?
Sebab-sebab Berlaku Li’an
Li’an terjadi melalui dua sebab iaitu:-
- Suami menuduh isterinya melakukan zina, tetapi suami tidak dapat mengemukakan empat orang saksi untuk menguatkan tuduhannya. Jika tuduhan itu nyata dan benar bahawa isterinya melakukan zina, seperti suaminya melihat sendiri bahawa isterinya berzina ataupun isterinya sendiri yang mengaku bahawa dia telah melakukan zina dan pengakuannya diterima serta dibenarkan dengan keterangan-keterangan yang jelas berserta dengan bukti. Maka dalam masalah ini sebaik-baiknya suami menceraikan isterinya tanpa li’an.
- Suami tidak mengakui atau menolak anak yang dikandung isterinya. Contohnya suami mengaku belum pernah menyetubuhi isterinya semenjak dari akad nikah atau isterinya melahirkan anak sebelum sampai enam bulan dari persetubuhan mereka
Kesan-kesan Li’an
Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-
- Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan dijatuhkan kepada isteri yang dili’an.
- Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya. Jika isteri itu meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri.
- Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in.
- Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli’an isterinya kepada suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada li’annya. Walaubagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,
Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang meli’an isterinya berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain.
5. ZIHAR
ZIHAR
Zihar pada segi istilah syarak, ertinya suami yang menziharkan juzuk tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian ZIHAR tidaklah sampai jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan tersebut. Allah swt telah berfirman (Surah Al-Mujadalah : ayat 2)yang maksudnya:
“Orang-orang yang menziharkan isterinya di antara kamu, (menganggap isteri sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”
“Allah sekali-kali tidak menjadikan di dalam rongganya, dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri.”
Jatuhnya hukum zihar itu apabila telah memenuhi empat rukun:
1. Suami yang sah.
2. Isteri yang sah (belum tertalak atau isteri yang sudah tertalak tetapi masih dalam talak rajI iaitu isteri yang masih di dalam iddah).
3. Orang yang diziharkan dengan isterinya itu (muhram suami).
4. Lafaz zihar samada secara terang-terangan atau sindiran, melalui tulisan atau bahasa isyarat kepada orang bisu dengan syarat isyarat itu boleh difahami.
Senarai muhram suami
Ada empat peringkat yang mana boleh berlaku muhram dengan suami yang melibatkan jatuhnya hukum zihar iaitu:
1. Secara nasab atau keturunan
1. Ibu kandung suami.
2. Nenek (opah) kandung suami.
3. Anak saudara perempuan suami termasuklah anak saudara kakak atau abang suami.
4. Anak saudara perempuan dari pihak isteri. Ia juga tidak boleh disamakan dengan isterinya walaupun pada zahirnya suami tidak ada pertalian darah dengannya tetapi dalam hal ini anak saudara tersebut telah menjadi muhram sementara kepada suami, sebabnya suami tidak boleh mengahwininya yakni memadukannya dengan isterinya selagi hayat isterinya masih ada. Hubungan muhram ini akan terputus sebaik sahaja suami itu bercerai hidup atau bercerai mati dengan isteri tersebut, setelah itu barulah suami itu boleh berkahwin dengan anak saudara perempuan isteri.
5. Cucu saudara perempuan suami.
6. Adik beradik perempuan suami, ini termasuklah adik beradik kandung dan adik beradik tirinya samada sebelah ibu atau bapa sahaja.
7. Ibu saudara suami.
8. Anak kandung suami isteri.
9. Anak suami (anak tiri isteri).
10. Anak isteri (anak tiri suami).
2. Muhram berambil-ambilan
Muhram boleh berlaku melalui perkahwinan bapa dengan seorang perempuan. Perempuan yang dimaksudkan itu ialah ibu tiri. Mana-mana perempuan yang menjadi ibu tiri kita, dia adalah muhram dan haram dinikahi serta ditegah menyerupakan isteri dengannya.
Tapi mesti dengan satu syarat, seorang suami itu mestilah telah mempunyai ibu tiri sebelum dia dilahirkan ke dunia lagi. Hanya ibu tiri yang ini saja yang tidak boleh disamakan dengan isterinya.
3. Muhram secara ridha (susuan)
Berlakunya hukum zihar apabila suami menyamakan anggota lahir isteri dengan nenek susuan (ibu susu kepada ayah atau ibu suami), kerana semasa ayah atau ibu suami menyusu kepada ibu susunya, ia belum lahir ke dunia.
Tidak berlaku zihar jika suami menyamakan anggota isteri dengan ibu susuan suami kerana semasa suami menyusu dengan ibu susuannya, suami itu sudah lahir ke dunia. begitu juga tidak jatuh zihar sekiranya menyamakan isteri dengan adik beradik perempuan sesusuan, anak saudara sesusuan, ibu saudara sesusuan samada keluarga dari sebelah ibu susu ataupun ayah susu.
4. Ibu mertua
Muhram juga boleh berlaku melalui nikah. Di mana apabila seseorang lelaki itu menikahi seorang wanita, ibu isteri telah menjadi ibu mertua suami. Kedudukan ibu mertua kepada suami adalah seperti ibunya juga.
Kalau seorang suami itu memiliki 2, 3 atau 4 orang isteri, maka dia telah mempunyai 2, 3 atau 4 orang ibu mertua. Katakanlah pada suatu hari, suami telah menceraikan isteri keduanya. Walaupun dia telah bercerai dengan isterinya tetapi hubungan suami dengan ibu mertua keduanya tetap kekal selagi hayat masih ada. Dia telah menjadi muhram kekal. Kedudukan ini samalah dengan cerai mati.Perlu diingat, 2, 3 atau 4 orang isteri itu jangan sekali-kali kita samakan dengan mana-mana ibu mertua kita yang lainnya kerana ia boleh menjatuhkan zihar kepada isteri.
Hukum zihar
Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakan-akan ila kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda).
Bentuk
Zihar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
1. Zihar mutlak seperti kata suami kepada isterinya, Kamu seperti ibu aku atau Hidung kamu seperti hidung ibu aku.
2. Zihar secara taklik seperti kata suami kepada isterinya, Kalau kamu pakai blouse tu, aku nampak kamu macam adik perempuanku.
3. Zihar sementara seperti kata suami kepada isteri, Pada bulan puasa, kamu macam ibuku.
Implikasi
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Kifarat
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
CATATAN:
INI IALAH SUATU PENERANGAN RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERINCI.
kredit:jksm.kelantan
_________________________________________
HARTA SEPENCARIAN
HARTA SEPENCARIAN
- Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?
Harta sepencarian ialah suatu harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta itu juga termasuklah harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin tetapi telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil usaha bersama atau sumbangan bersama mereka.
2. Apakah perkara yang diambil kira dalam menentukan harta sepencarian?
Harta sepencarian yang diperoleh dalam masa perkahwinan itu dinilai dari dua perkara iaitu –
(a) sumbangan secara langsung
sumbangan secara langsung bermaksud pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan. Pasangan ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset dan harta berkenaan.
Sebagai contohnya, pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing, telah sama-sama membeli aset dan harta berkenaan secara ansuran yang pihak suami telah membuat bayaran pendahuluan dan pihak isteri pula membuat bayaran ansuran bulanan. Mereka berkongsi bersama-sama dan memberi sumbangan wang, modal dan sebagainya secara langsung daripada pendapatan mereka bersama.
(b) sumbangan secara tidak langsung
sumbangan tidak langsung bermaksud suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tertentu. Sumbangan ini, sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta dan aset itu.
Sebagai contohnya, pihak suami bekerja dan berpendapatan tetap bulanan telah dapat membeli beberapa aset dan harta secara bayaran ansuran manakala pihak isteri tidak bekerja tetap tetapi memberikan sumbangan dengan menjaga keluarga, membina rumah tangga, memelihara anak- anak dan menunaikan tanggungjawab perkahwinan mereka sehinggakan pasangan ini telah berjaya memiliki aset dan harta tersebut dalam tempoh perkahwinan mereka. Walaupun pihak isteri tidak memberikan sumbangan modal dan wang dalam memiliki aset dan harta, pihak isteri ini dianggap telah memberikan sumbangan secara tidak langsung terhadap pemilikan aset dan harta tersebut.
3. Siapakah yang berhak menuntut harta sepencarian dan bilakah tuntutan boleh dibuat?
Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli waris –
(a) semasa tuntutan poligami;
(b) selepas perceraian; atau
(c) selepas kematian pihak suami atau isteri (oleh ahli waris).
4. Bagaimanakah menentukan kadar pembahagian harta sepencarian?
Kadar pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan takat sumbangan yang diberikan oleh satu-satu pihak itu dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor yang berikut:
(a) takat sumbangan yang dibuat oleh pihak- pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperoleh harta tersebut;
(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja);
(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu.
5. Bagaimanakah perintah pembahagian harta sepencarian dibuat?
Perintah pembahagian boleh dibuat dengan berbagai-bagai cara iaitu –
(a) secara sulh/pengantaraan – iaitu dengan cara pengakuan dan penyerahan hak kepada satu pihak lagi seperti si suami mengaku bahawa rumah itu adalah harta sepencarian tetapi dia tidak mahu menuntut, sebaliknya melepaskan haknya terhadap rumah itu kepada bekas isteri dan anak-anaknya;
(b) secara bayaran balik – iaitu apabila diakui sebidang tanah ialah harta sepencarian tetapi si suami atau si isteri mahu memiliki terus tanah itu maka siapa yang ingin terus memiliki tanah itu hendaklah memulangkan semula wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa pembelian tanah itu;
(c) secara penjualan – iaitu si suami dan si isteri tidak mahu memiliki sesuatu harta/aset tetapi mahukan bahagian masing-masing, maka mahkamah akan memerintahkan harta aset itu dijual dan pembahagian mengikut kadar sumbangan terhadap harta/aset itu;
(d) secara dibahagi dua – dalam keadaan kedua belah pihak suami dan isteri telah sama-sama menyumbang dalam memperoleh harta itu;
(e) pertimbanganmahkamahdenganmengambil kira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak itu.
6. Apakah perkara-perkara yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan di mahkamah?
Perkara yang diperlukan semasa membuat tuntutan pada amnya meliputi –
(a) jenis harta, sama ada harta alih atau tak alih;
(b) setakat banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta itu;
(c) dokumen-dokumenpembelianataupemilikan harta/aset seperti tanah, rumah, kereta atau syer;
(d) saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta/aset itu, sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak;
(e) bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau anak-anak dalam jagaan.
CATATAN:
INI IALAH SUATU PENERANGAN RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERINCI.
kredit:jbg
_________________________________________
7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Selalu Terlepas Pandang
7 Pengorbanan Isteri Yang Suami Selalu Terlepas Pandang
1. Kesusahan Menempuh Alam Kehamilan
Masa mengandung sebenarnya adalah tempoh yang mencabar bagi wanita, tidak kiralah kandungan yang ke berapa pun untuknya. Setiap kehamilan itu berbeza dan ia boleh mengundang pelbagai jenis masalah kesihatan kepada isteri yang terpaksa ditanggung selama lebih 40 minggu.
Awal kehamilan, rasa tak selera, loya, mual, muntah-muntah, diikuti dengan sakit belakang, sukar tidur, dan bengkak kaki. Semua ini bukan saja menjejaskan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga boleh menjejaskan emosi. Oleh itu, janganlah menganggap mereka mengada-ada, malas, atau ‘lembek’ jika mereka kelihatan tidak bermaya.
Dalam tempoh itu juga, ramai isteri yang pergi menjalani check-up bulanan seorang diri dengan alasan suami tak ada masa. Tak apalah kalau tak ada masa, tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah keprihatinan dan bertanyalah tentang keadaan kesihatan isteri dan bayi dengan lebih kerap.
2. Sakit Bersalin & Melahirkan
Kesakitan bersalin adalah kesakitan yang begitu sukar digambarkan sampai ada yang sampai fobia dan takut untuk hamil lagi. Malah dalam sesetengah kes, mereka tergolong dalam kategori berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan seterusnya. Tapi, ada suami yang buat endah tak endah dan tidak mengambil berat hal merancang kehamilan. Sudahnya, si isteri juga yang perlu menanggung kesakitan seorang diri.
Semasa berpantang juga, isteri terpaksa menggagahkan diri berjaga malam dan menjaga semua urusan bayi. Ada suami yang rasa susah bila terpaksa jaga isteri dalam tempoh ini. Nak senang cerita, isteri dihantar berpantang di rumah ibu ayah mereka. Bukan tak boleh, tapi dengan cara ini mungkin suami kurang memahami keperluan seorang isteri.
3. Menyusukan Anak
“Alah, apa susah. Selak baju, bagi bayi hisap. Kalau saya ada susu badan, saya pun boleh bagi.”
Mungkin begitulah tanggapan para suami yang tidak berfikir panjang. Sanggupkah mereka menyusukan bayi 2 jam sekali, menahan diri daripada makanan kesukaan, dan mengepam secara rutin setiap hari? Itupun belum masuk melakukan segala persediaan untuk menyimpan stok susu perahan. Kalau tak disiplin, susu badan boleh drop dan bengkak susu boleh terjadi.
Ibu menyusu juga sebenarnya tak pernah dapat tidur yang cukup setiap malam. Awalnya memang rasa susah sangat. Tapi bila dah lama-lama, rasa terbiasa. Sebagai suami, pernahkah anda menemani isteri yang bangun tengah malam seorang diri dan awal pagi?
4. Melakukan Hampir Semua Kerja Rumah
Daripada hal mengurus bayi hinggalah urusan makan minum suami, semua kerja ini tak pernah berhenti.
Tidak kiralah sama ada isteri seorang surirumah atau bekerja, mereka hanya mahu memberi layanan yang terbaik dan memastikan semua urusan dapat berjalan lancar. Semua ini dilakukan tanpa mengira masa dan ramai suami tidak menyedarinya. Bila rumah kemas, tak ada siapa berterima kasih padanya. Tapi, bila ada yang tak kena, mulalah kedengaran suara-suara.
5. Mengorbankan ‘Me Time’
Susahnya nak dapat ‘me time’ walaupun 10 minit sehari. Isteri dah tak kenal apa itu hobi dan kenalan lama tak lagi dihubungi.
Semua masa dan tenaga kalau boleh mahu dicurahkan buat anak dan suami. Sekali-sekala, berilah peluang isteri pergi ke kedai atau shopping barang rumah sendiri. Itupun dah rasa macam dapat pergi bercuti!
6. Mendahulukan Kerjaya Suami
Bila anak sakit, isterilah yang selalu minta cuti dan jaga anak di rumah. Bila suami terpaksa berpindah ke tempat yang jauh, isterilah juga yang biasanya akan mengalah dan mengorbankan cita-cita demi mengikut suami.
Ramai isteri sanggup tinggalkan semuanya demi melihat suami mereka berjaya. Malah, ada yang sanggup menerima kecaman dan kritikan apabila menjadi surirumah sepenuh masa.
7. Merahsiakan Kesusahan Daripada Suami
Tak dinafikan semua wanita tidak mahu kelihatan ‘lemah’ di samping suami. Masing-masing tak mahu membebankan suami. Semuanya nak buat sendiri, hantar anak ke sekolah, uruskan makan minum, dan kalau boleh bil-bil pun mahu ditanggung dengan kudrat sendiri.
Di malam hari, mungkin ada yang menangis kerana terlalu letih atau terluka dengan sikap suami. Tapi demi anak-anak, isteri tetap akan bersabar dan berusaha lagi keesokan harinya, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
kredit:karyabestari
_________________________________________
5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah
5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah
#1 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.
Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan 🙂
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
#2 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji
Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.
Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
#3 Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
### Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
#4 Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
#5 Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
kredit: diva
_________________________________________
HADHANAH
HADHANAH
Siapakah orang yang berhak menjaga kanak-kanak?
Seksyen 81, Akta [303],
(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ¿asabah atau residuari:
Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
Apakah syarat-syarat menjadi hadhanah/penjaga?
Seksyen 82, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa syarat-syarat menjadi hadinah ialah:
(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Berapa lamakah tempoh penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh undang-undang?
Sekseyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Bagaimanakah hendak memfailkan hadhanah di Mahkamah Syariah?
Failkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta.
__________________________________________
Kredit: esyariah
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
Terima Kasih semua.
APAKAH SEBAB-SEBAB SESEORANG PEREMPUAN YANG INGIN BERKAHWIN PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN WALI HAKIM?
APAKAH SEBAB-SEBAB SESEORANG PEREMPUAN YANG INGIN BERKAHWIN PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN WALI HAKIM?
Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :
a) Tiada wali yang sah dari nasab
b) Wali ghaib
c) Saudara baru / Muallaf
d) Anak tak sah taraf
e) Wali enggan
f) Wali dalam ihram haji/umrah
g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat
__________________________________________
Kredit: jksnpp.penang
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
BILAKAH SESEORANG SUAMI ITU BOLEH DIANGGAP MATI?
BILAKAH SESEORANG SUAMI ITU BOLEH DIANGGAP MATI?
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.
__________________________________________
Kredit: jksnpp.penang
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MEMOHON FASAKH?
BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MEMOHON FASAKH?
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
__________________________________________
Kredit: jksnpp.penang
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
BIDANG KUASA WALI DALAM PERNIKAHAN
BIDANG KUASA WALI DALAM PERNIKAHAN
Pendahuluan
Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:
- Calon suami
- Calon isteri
- Wali
- Dua orang saksi
- Sighah ijab qabul
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah. Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah swt itu.
Pengertian Wali Dan Tertibnya
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:
Firman Allah swt:
“Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf”
( Al-Baqarah : 232)
“Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman”.
( Al-Baqarah : 222)
Dari hadith Nabi saw:
“Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
- Islam
- Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
- Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
- Lelaki – Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
- Adil
- Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.
Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu-sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu-sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara seibu-sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
- Bapa saudara datuk seibu-sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
- Sekalian asabah kepada seorang muktiq
- Raja/Sultan.
Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak, Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah.
(Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah berkahwin dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada perempuan tersebut ialah saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu telah meninggal dunia. Pengantin perempuan itu sebenarnya juga masih mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan waras yang tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal dengan alasan:
- Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak ada bidang kuasa wali kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih ada.
- Akal fikiran datuk itu masih waras maka hak kelayakan wali masih tidak hilang.
Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya pengantin perempuan itu menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya. Jika datuknya itu tidak dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah wali) kepada orang lain, untuk menikahkan cucunya itu.
Wali Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.
Dalam kes Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah Salmah (1959, Jld. I, II, JH), ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura, Yang Arif Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan, mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang anak dara dikahwinkan oleh bapanya tanpa minta izin anak dara itu terlebih dahulu, maka adalah sah perkahwinan itu.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang bapa Syed Abdullah Al-Shatiri mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros bin Saggof Al-Jofri tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai wali dan ia sendiri menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu enggan menerima suami pilihan bapanya. Anak perempuan itu membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan itu tidak sah berdasarkan hadith:
Pertama:
Rasululah saw bersabda:
“Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya”.
(Riwayat Al-Bukhari)
Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
“Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan”.
(Riwayat Muslim)
Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai wali mujbir.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
“Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna “meminta izin anak dara” yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud “meminta izin anak dara” adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni”.
Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi:
“Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya. Manakala seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan sewaktu anak itu masih di bawah umur, maka anak perempuan itu tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum dia mencapai umur akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka bapa kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua kuasanya. Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak perempuan tanpa izinnya, dan tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini bahawa kehilangan dara antara yang disebabkan oleh persetubuhan yang halal dengan yang diakibatkan oleh persetubuhan haram. Sebaliknya hak itu tetap tidak terjejas jika kehilangan itu berlaku tanpa persentuhan badaniah, umpamanya akibat terjatuh ke atas tanah”.
Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad Ibrahim merujuk kepada buku “Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women” oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan : Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat:
- Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
- Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.
- Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
- Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.
- Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali mujbir tanpa izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah yang terdahulu itu telah dibatalkan.
Perempuan Janda
Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, “Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:
“Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak perkahwinan itu”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa menolak perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menfasakhkan perkahwinan itu di Mahkamah Syariah.
Perkahwinan Bawah Umur
Menurut Mazhab Empat bahawa dalam Islam tidak ada larangan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh berkahwin.
Daripada Siti Aisyah r.a.,
“Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun”..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menunjukkan bahawa dalam Islam tiada had umur larangan berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
“Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Peruntukan Seksyen tersebut bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat. Sebenarnya kebenaran dari Mahkamah itu bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumahtangga dan menjaga kepentingan kanak-kanak itu.
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil”.
(Riwayat Ahmad)
Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.
Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu. Manakala wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.
Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.
Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.
Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: “Telah banyak orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan dia”. Berkata Al-Hasan: “Kahwinkan puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada dianiayainya”.
Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat
Wali sedarjat ialah wali-wali yang mempunyai bidang kuasa yang setaraf atau sama. Misalnya bagi pengantin perempuan yang sudah tidak ada lagi bapa dan datuk, maka orang yang berhak menjadi wali mengikut tertib ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu.
Persoalan yang timbul ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu ramai. Siapa yang berhak menjadi wali?
Mengikut Islam kalau semua wali sedarjat itu bersependapat dan redha dengan bakal suami pilihan perempuan itu maka salah seorang boleh menjadi wali. Yang afdhalnya ialah terdiri daripada orang yang tahu hal-hal agama atau alim.
Satu isu lagi mengenai wali sedarjat ialah jika sebahagian wali sedarjat setuju bakal suami itu manakala sebahagian yang lain menentang bakal suami pilihan pengantin perempuan itu. Siapa berhak menjadi wali dalam kes seperti di atas?
Menurut Jumhur Fuqqaha (Mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali) jika perkahwinan itu dilakukan juga oleh wali sedarjat yang redha dengan bakal suami pilihan pengantin perempuan, maka wali sedarjat yang menentang itu berhak juga menfasakhkan perkahwinan di Mahkamah Syariah jika wali yang menentang itu ada alasan syarak.
Dalam kes tiada persefahaman antara wali-wali sedarjat ini, maka pengantin perempuan hendaklah membuat aduan di Mahkamah Syariah atas nama wali enggan di mana Mahkamah akan membuat keputusan yang adil.
Wali Hakim Atau Wali Raja
Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali. Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.
Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim
Pertama: Tidak Ada Wali Nasab
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Al-Khamsah)
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.
Kedua: Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.
Ketiga: Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.
Keempat: Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.
Kelima: Wali Enggan
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:
Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Wali Berada Jauh Atau Ghaib
Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.
Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.
Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.
Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.
Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.
Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.
Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam, Padang Besar, Thailand itu tidak sah.
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu warganegara Malaysia. Pengantin perempuan tinggal bersama bapanya (wali) di Batu 5, Jalan Sanglang, Kedah. Pengantin perempuan dan pasangannya telah berkahwin lari di Kampung Pekan Siam, Padang Besar, Thailand. Sekembalinya ke Kedah pasangan itu mahu mendaftarkan parkahwinannya. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Syariah Alor Setar, Kedah. Ketika menyampaikan keputusan permohonan pendaftaran perkahwiann itu, Yang Arif Kadhi Besar memutuskan:
“Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah yang dibuat di Kampung Pekan Siam itu tidak sampai dua marhalah dan perempuan itu diperintahkna supaya bereddah”.
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah, daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)
Dalam Islam, terdapat satu prinsip Undang-Undang Islam yang menyatakan:
“Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan sendirinya, bolehlah ia mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain”.
Menurut prinsip tersebut, telah sepakat Fuqaha bahawa setiap akad yang dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka akad itu boleh juga ia mewakilkan kepada orang lain misalnya dalam akad nikah, jualbeli, cerai, sewa menyewa, tuntutan hak dan akad yang lain.
Dalam hal akad nikah ini, apabila seseorang wali aqrab itu berada jauh, tidak dapat hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir tetapi ia tidak mampu untuk menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie.
Begitu juga bagi bakal suami. Kalau ia tidak dapat hadir pada majlis akad nikah kerana ia sedang belajar di luar negeri, maka ia bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie bagi menerima ijab (menjawab) nikah itu. Walau bagaimanapun bagi perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada orang lain untuk megahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.
Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:
- Lelaki
- Baligh
- Merdeka
- Islam
- Berakal (akal tidak lemah)
- Wakalah itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil itu menunaikan ihram haji atau umrah.
Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya sesuai dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu kerana orang yang menerima wakil tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin memberi wakil atau bila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain”. Maka ketika itu, boleh wakil berwakil pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.
Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang telah ditentukan oleh orang yang memberi wakil. Misalnya seorang berwakil kepadanya untuk mengahwinkan perempuan itu dengan si A, maka wajiblah kahwinkan perempuan itu dengan si A.
Kalau wakil itu mengahwinkan peempuan itu dengan si B, maka perkahwinan itu tidak sah.
Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan Kadhi atau Pendaftar Perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang saksi.
Sebelum melakukan walkalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menereima wakil itu.
Penutup
Demikianlah bidang kuasa wali adalah amat penting dalam perkahwinan kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu, setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan sesuatu perkahwinan hendaklah meyemak dahulu siapa yang berhak menjadi wali mengikut tertib dan susunan wali. Sekiranya para ibu bapa dan penjaga tidak mengetahui tentang wali maka hendaklah merujuk kepada mana-mana Pejabat Kadhi, Imam atau orang alim untuk mendapat penjelasan.
__________________________________________
Kredit: jksnpp.penang
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
HUTANG PERKAHWINAN
HUTANG PERKAHWINAN
1.Apakah perkara yang dimaksudkan sebagai hutang dalam perkahwinan?
Hutang perkahwinan merujuk kepada apa-apa hutang yang timbul selepas pasangan menjadi suami isteri.
2.Mahkamah manakah yang berbidang kuasa mendengar kes tuntutan hutang perkahwinan bagi orang Islam?
Tuntutan hutang perkahwinan boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah mengikut tempat pemastautinan pemohon ataupun di mana-mana Mahkamah Tinggj Syariah.
3. Siapakah yang boleh membuat tuntutan hutang perkahwinan?
Mana-mana pihak dalatn perkahwinan tersebut yang terpaksa nnenanggung kerugian atau beban akibat daripada kegagalan menjelaskan hutang tersebut boleh membuat tuntutan hutang perkahwinan.
4. Apakah syarat membuat tuntutan hutang perkahwinan?
Selain keperluan kepada dokumen yang berkaitan dan saksi, pihak-pihak perlu membuktikan bahawa hutang tersebut benar-benar berlaku disebabkan deh perkahwinan tersebut.
5. Bilakah hutang perkahwinan itu boleh dituntut?
Tiada peruntukan dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia menyebut secara spesifik bila hutang perkahwinan ini boleh dituntut sama ada sebelum atau selepas perceraian.
6. Bagaimanakah mahkamah mentaksirkan tuntutan hutang perkahwinan?
Mahkamah akan mentaksir hutang mengikut setakat mana yang boleh dibuktikan oleh pihak-pihak bagi jumlah hutang yang ditanggung oleh pihak-pihak.
__________________________________________
Kredit: JBG
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
Doa Murah Rezeki
Doa Murah Rezeki
Doa pada waktu pagi
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا،
وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Bacaan Rumi: Allahumma inni as asluka ‘ilman nafi’a, wa risqon toyyiba, wa ‘amalan mutaqabbala.
Maksud: Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima
Doa ini diambil daripada hadis riwayat Ibnu Majah. Hadis ini disampaikan oleh Ummu Salamah yang mengajarkan kita tentang doa yang Rasulullah selalu baca pada waktu pagi, khususnya lepas Solat Subuh.
#doasuphianismail
kredit: akumuslim.asia
7 Tips dan Doa Dipermudahkan Rezeki
7 Tips dan Doa Dipermudahkan Rezeki
1. Banyakkan Beristighfar
Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepada kaumku, “Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”
2. Doa Murah Rezeki
Kita boleh amalkan doa murah rezeki seperti dalam gambar di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: “Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Selawat Murah Rezeki
“Ya Allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.”
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kerana berkat selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka.
4. Amalan Ayat Seribu Dinar
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat 2 & 3.
“Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Cara Amalkan Ayat 1000 Dinar
Anda boleh amalkan setiap kali selepas solat Subuh. Ia lebih baik jika dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib.”
Ramai peniaga yang mengantungkan ayat ini di premis perniagaan dengan tujuan supaya perniagaannya maju. Cara ini salah sama sekali. Semua ayat suci Al-Quran perlu diamalkan begitu juga jika kita ingin memohon kepada Allah untuk dimurahkan rezeki.
5. Banyakkan Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah. Cara ini juga sangat berkesan seperti juga tips-tips yang telah disebutkan di atas. Inilah kunci utama rahsia kekayaan ahli-ahli koprat Islam seperti Tan Sri Syed Bukhari.
Sedekah adalah satu amalan yang ajaib, kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bukannya kerana sebab tertentu.
Maksudnya :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
6. Berbakti Kepada Ibu Bapa
Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya ialah berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, sayang menyayangi dan juga mendoakan kepada ibu bapa kita.
7. Amalan Murah Rezeki Membaca Surah Al Waqiah
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas, seorang Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah.
Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Waqas : “Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”
Jawabnya : “Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik daripada harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”
Ditanya kepada Sa’ad lagi : “Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”
Jawabnya : “Aku tinggalkan kepada anak-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan Surah Al-Waqiah.
Jadi, kepada anda yang telah mengajar anak-anak anda mendalami Al-Quran berserta Surah Al-Waqiah sejak mereka kecil, anak-anak itu sangat beruntung dan pastinya mereka tidak akan miskin dengan izin Allah SWT.
Semoga perkongsian doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dapat membantu anda untuk terus membuat amalan seperti yang bincangkan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia.
kredit: limaminit
#suphianismail
GANTI RUGI PERTUNANGAN
GANTI RUGI PERTUNANGAN
1. Apakah itu pertunangan?
Pertunangan ialah suatu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya.
2. Apakah syarat pertunangan dalam Islam?
Pertunangan dengan seorang perempuan boleh diadakan dengan dua syarat:
(a) bahawa pada masa pertunangan itu tidak ada halangan kepada perkahwinan antara pihak-pihak itu;
(b) bahawa perempuan itu belum ditunangkan kepada seorang Iain.
3. Bagaimanakah pandangan Islam berkenaan dengan barang pemberian dalam majlis pertunangan?
Barang pemberian dalam majiis pertunangan adalah merupakan adat atau kelaziman yang dilakukan di Malaysia. Adat ini boleh diikuti selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Walau bagaimanapun, jika adat itu bertentangan dengan prinsip Islam seperti jika pihak perempuan mungkir janji akan pertunangan itu, dia hendaklah membayar dua kali ganda harga duit atau barang-barang yang diberi Oleh pihak lelaki, adat ini tidak boleh diikuti kerana ia menimbulkan penipuan atau gharar.
4. Bolehkah pihak-pihak menuntut balik barangbarang pemberian sekiranya pertunangan itu diputuskan?
Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pjhak yang mungkir adalah bertanggungän memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melaJui tindakan dalam Mahkamah
5. Mahkamah manakah yang berbidang kuasa mendengar kes tuntutan ganti rugi pertunangan bagi orang Islam?
Tuntutan ganti rugi pertunangan orang Islam boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah mengikut tempat pemastautinan pemohon atau di mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah mengjkut tempat pemastautinan pemohon sekiranya jumlah tuntutan adalah melebihi lima puluh ribu ringgit.
6. Apakah bentuk ganti rugi yang boleh dituntut akibat daripada kemungkiran pertunangan tersebut?
Pihak yang dimungkiri boleh menuntut kembali barangbarang pemberiannya (jika ada) atau nilainya atau apa-apa perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihaknya bagi majlis tersebut bagi maksud mengadakan suatu majlis perkahwinan selepas pertunangan itu.
7. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ganti rugi pertunangan?
Mana-mana pihak yang mengalami kerugian secara langsung akibat daripada kemungkiran pertunangan atau mana-mana orang yang berkepentingan secara langsung.
8. Apakah syarat untuk membuat tuntutan ganti rugi pertunangan?
Perlu buktikan wujudnya kontrak/akad pertunangan yang sah di Sisi undang-undang dan hukum Syarak.
9. Bagaimanakah mahkamah mentaksirkan jumlah ganti rugi pertunangan?
Mahkamah akan mentaksir kerugian mengikut takat yang boleh dibuktikan oleh pihak-pihak mengenai jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak masing-masing.
Kredit: JBG
INI IALAH SUATU PENERANGAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMA SAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERlNCI.
5 PUNCA MENGAPA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA BOLEH MUSNAH SEKELIP MATA
5 PUNCA MENGAPA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA BOLEH MUSNAH SEKELIP MATAPasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan?Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri ingin menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing. Kalau boleh, ayat bercerai itu mintalah dijauhkan!Di sini, kami berkongsi antara 5 sebab utama mengapa sesetengah rumah tangga musnah dalam sekelip mata:Curang
Kes curang memang antara punca utama mengapa rumah tangga seseorang boleh musnah. Ada banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang.Antaranya kerana nafsu. Namun, nafsu bukan saja penyebab kes ini.Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak dipuaskan sepenuhnya, enggan bersama pasangan dan terlalu marah akan pasangan sendiri.Masalah kewangan
Wang tak boleh beli kebahagiaan, itu betul. Tapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah juga.Antaranya ialah bercerai. Menurut laporan American Journal of Sociology, ramai pasangan mengambil keputusan untuk bercerai kerana suami tidak bekerja.Faktor ini didorong kerana tekanan tidak cukup sumber pendapatan. Malah, tekanan ini juga boleh mengakibatkan pergaduhan yang membawa kepada masalah ungkit-mengungkit.Pendapat yang berbeza tentang bagaimana pasangan berbelanja juga boleh memusnahkan rumah tangga dalam sekelip mata.Kurang berkomunikasi
Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain?Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh tercetus salah faham.Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin bercerai.Tak boleh kendali perbezaan
Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila kalian sudah berkahwin, perbezaan itu haruslah dikendali dengan sehabis baik.Sekarang, perbezaan ini boleh jadi antara punca utama mengapa pasangan suami isteri tak tahan di antara satu sama lain dan inginkan penceraian.Ini sering berlaku jika pasangan berkahwin terlalu cepat dan tak sempat nak mengenali hati budi masing-masing.Bila sudah kenal, alamak sudah terlambat pula. Sebab itu kes penceraian meningkat. Perbezaan dalam menjaga anak juga boleh jadi punca!Tambah berat badan
Memang nampak remeh, kan? Tapi ini yang dijumpai oleh pakar!Menurut Men’s Health, pakar mendapati ramai pasangan mula menyampah dengan pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.Terutamanya selepas 3 tahun berkahwin. Jadi, kalau anda tak jaga badan anda sekarang, baik anda berusaha untuk menjaganya, mulai kini!Atau ajak suami/isteri bersenam sama-sama. Bolehlah merapatkan hubungan kalian.Semoga perkahwinan dan rumah tangga kita sentiasa dilindungi. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjaga keharmonian rumah tangga.Kredit:asianparent.Suphian Ismail, Peguam Syariah (Sabah)Join untuk soal jawab di:
6 Cara Cepat Move On Bila Kena Cerai, Biar Ex Rasa Menyesal Tinggalkan
6 Cara Cepat Move On Bila Kena Cerai, Biar Ex Rasa Menyesal TinggalkanTak ada perempuan yang berkahwin dengan niat nak bercerai. Ya, memang sedih, down, tertekan, malu dan macam-macam lagi perasaan bermain dalam fikiran. Berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan mak-mak akan rasa macam tu.Tapi perlu ke nak terus berada dalam lembah kedukaan? Tak boleh nak move on ke? Ada cara pantas untuk anda cepat-cepat buang rasa sedih akibat perbuatan bekas suami.Jom Cepat Pulihkan Semangat Bila Kena cerai1. Pasang badan – Jangan terus nak berduka lara. Cantikkan diri kamu. Biar orang nampak anda boleh terima hakikat perceraian itu. Kalau selekeh, lagi orang mengata. Sebaliknya biar orang kata, “ruginya bekas suami dia tinggal dia dulu…”.2. Cari kekuatan – Jika ada anak-anak, sentiasa pandang wajah mereka. Ingat, jangan tunjuk anda lemah sebab kesannya pada anak.Seorang wanita mampu jadi ibu yang hebat, yang mampu jaga anak-anak. Tapi seorang ayah, belum tentu seorang anak pun dia mampu jaga. Ada sesetangah ayah, nafkah anak pun buat tak tahu saja.3. Tuntut hak anak-anak – Jangan baik hati sangat, biar saja bekas suami bersenang lenang lepas bercerai. Semua tanggungjawab di bahu kamu.Tuntut nafkah anak-anak. Tak kisah jika kena turun naik mahkamah berpuluh kali. Kasihan pada anak-anak yang haknya dinafikan.4. Bersosial – Cari rakan-rakan dan sertai persatuan-persatuan supaya anda dapat berjumpa dengan ramai orang baru. Ini juga akan bantu kamu sibukkan diri dan lupakan kesedihan.5. Jangan terlalu cepat cari pengganti – Memang sunyi bila kehilangan. Tapi jangan terlalu cepat cari pengganti. Beri ruang pada diri sendiri.Kadangkala ketika sedang sedih, kita boleh buat sesuatu yang mungkin kita akan menyesal kelak. Ingat, wanita bukan sekadar nak cari suami, tapi bapa pada anak-anak.6. Berpuasalah 40 hari – kenapa 40 hari. Tempoh masa inilah yang diperlukan untuk membentuk sikap seseorang. Jadi dalam tempoh berpuasa sepanjang 40 hari ini, anda sebenarnya membentuk kembali tabiat diri.Melepaskan kenikmatan yang pernah dirasai semasa hidup bersuami. Inilah petua orang lama-lama yang bagus untuk dipraktikkan.Kredit:MingguanwanitaJoin untuk ilmu:Tips RumahTangga Bahagia:*Cerai.Pengesahan Nikah.Nasab Anak. Nafkah.Mutah.Iddah.Pusaka.Hak Jagaan Anak. Harta Sepencarian.Hibah.Faraidh.*Suphian Ismail,Peguam Syarie (Sabah)
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, jika dia bukan untukku, Engkau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi cubaan dari-Mu dan Engkau terangilah jalan yang terbaik buatku.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Berikanlah aku kekayaan harta yang Engkau halalkan dan bukan yang Engkau haramkan, berikanlah aku kelebihan dengan berkat kurniaan-Mu.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, limpahkanlah rezeki-Mu yang luas kepada keluargaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Penyanyang.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah Yang Maha Kaya, perbanyakkanlah rezeki buat keluargaku dan berkatilah kurniaan yang Engkau beri.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan suamiku dalam mencari rezeki untuk keluarga kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rezeki.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Tuhanku, Engkau limpahkanlah sifat tawadhuk dalam diriku untuk mengikut perintah suamiku dalam meniti jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang beriman.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, Tuhan yang memiliki kasih sayang dan rahmat yang sungguh luas, limpahkanlah kasih sayang di antara kami berdua di dunia dan juga di Syurga-Mu.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, semoga dia menghormatiku, menjagaku, dan memimpinku ke jalan Mu.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, berikanlah antara kami dan suami kami cinta seperti yang Engkau kurniakan kepada Rasulullah S.A.W dan Saidatina Khadijah.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Ya Allah, berikanlah antara kami dan suami kami cinta seperti yang Engkau kurniakan kepada Rasulullah S.A.W dan Saidatina Khadijah.
#kata-katasuphianismail
#kata-katasuphianismail
Dahulukan Isterimu daripada kawan-kawanmu.
#kata-katasuphianismail
Doa Diberi Kesabaran
Doa Diberi Kesabaran
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
#doasuphianismail
Doa Dimudahkan Urusan
Doa Dimudahkan Urusan
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
#doasuphianismail
Doa Supaya Mendapat Rahmat
Doa Supaya Mendapat Rahmat
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (A-li ‘Imran : 8)
#doasuphianismail
Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah
Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah
اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik.”
#doasuphianismail
Doa Keselamatan Dunia Akhirat
Doa Keselamatan Dunia Akhirat
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
“Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab”
#doasuphianismail
Doa Minta Ketenangan
Doa Minta Ketenangan
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ
Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zholim penduduknya ini, dan berilah kami peluang dari sisi-Mu serta berilah kami penolong dari Mu” (QS. An-Nisa: 75)
#doasuphianismail
Doa Memudah Urusan
Doa Memudah Urusan
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
#doasuphianismail
Doa Menghilang Kesusahan
Doa Menghilang Kesusahan
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
#doasuphianismail
Doa Agar Memiliki Hati Yang Sejuk dan Menyejukkan
Doa Agar Memiliki Hati Yang Sejuk dan Menyejukkan
اللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَدَّنَسِ
“Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salju, embun, dan air sejuk. Ya Allah, sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagiman Engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran.”
#doasuphianismail
Doa Memohon Ilmu Bermanfaat
Doa Memohon Ilmu Bermanfaat
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang baik dan amal yang baik diterima. (H.R. Ibnu Majah)”
#doasuphianismail
MUTAAH - Tuntutan Selepas Perceraian
MUTAAH – Tuntutan Selepas Perceraian
Apakah yang dimaksudkan dengan mutaah?
Mutaah ialah suatu pembayaran sagu hati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai sama ada berupa wang atau pun barang. Sagu hati mutaah ini dikira bayaran yang wajib apabila perceraian itu berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri.
Apakah hukum mengenai mutaah?
Jumhur ulama menyatakan hukum asal mutaah ialah sunat iaitu suatu amalan yang digalakkan terhadap suami yang telah menceraikan isterinya. Alasan pendapat ini disandarkan kepada ayat 236 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Hendaklah kamu memberikan Mutaah (iaitu pemberian sagu hati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian sagu hati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian”.
Mengikut Imam Shafie, mutaah itu wajib diberikan kepada isteri sama ada dia diceraikan sebelum atau selepas disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan barang lain.
Apakah tujuan mutaah itu?
Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas suaminya.
Dengan pemberian mutaah ini kepada bekas isteri –
(a) akan membolehkan isteri itu untuk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai;
(b) akan mengelakkan prasangka buruk masyarakat terhadap isteri itu bahawa perceraian adalah berpunca daripada kesalahan isteri;
(c) ia merupakan penghargaan daripada suami atas sumbangan dan peranan isteri.
Apakah prasyarat untuk isteri memohon mutaah di Malaysia?
Prasyarat untuk isteri memohon mutaah di Malaysia adalah seperti yang berikut:
(a) wujud perkahwinan yang sah;
(b) berlaku perceraian bukan berpunca daripada isteri;
(c) berlaku perceraian hidup;
(d) berlaku persetubuhan;
(e) perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
Apakah faktor yang menggugurkan hak mutaah?
Faktor yang menggugurkan hak mutaah adalah seperti yang berikut:
(a) isteri yang nusyuz yang disabitkan oleh mahkamah;
(b).isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh dan mas kahwin disebut dalam akad;
(c) isteri murtad;
(d) perceraian secara tebus talak.
Bagaimanakah cara untuk menentukan kadar mutaah itu?
Tidak terdapat suatu panduan tertentu yang boleh dijadikan formula tetap untuk menentukan kadar dalam pemberian mutaah daripada seorang bekas suami kepada seorang isteri yang diceraikan. Namun begitu, terdapat prinsip umum yang menyatakan bahawa sesuatu pemberian hendaklah diasaskan kepada –
(a) kemampuan suami;
(b) status pasangan;
(c) tempoh perkahwinan;
(d) pengorbanan isteri.
Apakah peruntukan mengenai mutaah dalam Undang-Undang Keluarga Islam?
Peruntukan mengenai mutaah pada umumnya terdapat dalam semua Enakmen Keluarga Islam Negeri. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, misalnya menyebut –
“Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak- pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
Bolehkah Jabatan Bantuan Guaman memberi bantuan kepada isteri yang diceraikan untuk menuntut mutaah?
Boleh. Pemohon yang ingin mendapatkan khidmat Jabatan Bantuan Guaman perlu mengemukakan dokumen atau butir yang berikut:
(a) butir-butir perkahwinan • Surat perakuan cerai.
(b) butir-butir pihak kena tuntut
• Nama/alamat dan pekerjaan suami • Nama dan alamat majikan suami.(c) laporan-laporan berkaitan
• Penyata gaji/pendapatan suami • Dokumen lain yang berkaitan.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Peguam Syarie Anda.
*INI IALAH SUATU PENERANGAN RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG- UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERINCI.
kredit: jbg
#suphianismail
Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri & Keluarga
Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri.
Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.
Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah:
- Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.
- Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik.
- Menyara anak-anak
- Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
- Melindungi maruah keluarga dan harta benda
- Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah
- Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna
- Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.
Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.
Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.
#suphianismail
kredit: akuislam.
HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN
HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :
‘Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’.
( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak terus dilindungi.
PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH
Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:
1. Nafkah Edah
2. Mut’ah
3. Harta Sepencarian
4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
5. Nafkah Anak
6. Tunggakan Nafkah
7. Hak Tempat Tinggal
Nafkah Edah
Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
Muta’ah
Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakann ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.
Tunggakan Nafkah Anak
Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.
Hak Jagaan Anak
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Nafkah Anak
Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
Hak Tempat Tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.
kredit: jksm.kelantan
Suami Isteri Wajib Tahu Hal Nafkah Anak
APA ITU NAFKAH ANAK?
Pertama sekali, kita perlu faham definisi. Nafkah ini ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk:
● keperluan tempat tinggal,
● makanan,
● pakaian,
● pendidikan,
● keagamaan
● perubatan.
NAFKAH BAGI ANAK SAH TARAF
kita akan fokuskan kepada anak sah taraf sahaja. Hal ini kerana terdapat sedikit perbezaan di antara anak sah taraf dan anak tidak sah taraf di mana anak tidak sah taraf lebih merujuk kepada si ibu.
Persoalan utama di sini, siapa yang wajib menanggung anak?
Jawapan yang paling tepat ialah BAPA. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.
Hal ini bersesuaian dengan nas al-quran daripada Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang menyatakan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya.
Suphian Ismail,
Peguam Syarie (Sabah).
Apa Itu Tujuan Hidup dan Bagaimana Mencari Tujuan Hidup?
Kewajipan Isteri
HARTA SEPENCARIAN
HARTA SEPENCARIAN
Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.
Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.
Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).
Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.
DALIL DAN PENDAPAT ULAMA’
Harta sepencarian bukan lagi soal adat semata-mata bahkan telah dikanunkan dalam perundangan dan mengikut prinsip-prinsip Hukum Syara’. Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti yang dijelaskan oleh al-Sayuti didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ ” di halaman 354 bahawa;
“Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”.
Di dalam kaedah fiqh atau “al-qawaid al-Fiqhiyyah” ia dikenali dengan kaedah “al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikenali dengan ‘urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 252 dan kitab al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Haji Muhamad Soleh bin Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid di halaman 622.
Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta. Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali tidak menafikan atau membataskan hak tersebut. Islam menganggap harta sepencarian sebagai satu cara pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya untuk memiliki harta tersebut. Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha secara langsung atau tidak langsung. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nisa’, ayat 32;
Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Al-Imam al-Shafie telah berkata didalam kitabnya “al-‘um”, halaman 328;
اذا اختلف الرجل والمراة فى متاعالبيت الذي هما فيه ساكنان وقد افترقا او ماتا او مات احدهما فاختلف ورثتهما او ورثت احدهما بعد موته فذالك كله سواء
Maksudnya: “Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan terhadap mata benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daraipada mereka berdua meninggal dunia; yang mana dalam keadaan kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa…..?”
Tambahan lagi, Mahkamah juga merujuk kepada pendapat Ibn Qayyim yang menyebut di dalam kitabnya “ Al-Turuq al-hukmiyyah fi al-siyasah al-Syari’iyyah, di halaman 30;
Bermaksud: Yang demikian sebilangan besar Ahli Perundangan (Jumhur fuqaha’) menyatakan kes dakwaan dua orang suami isteri berhubung dengan perabot rumah dan kes dua orang tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang menyatakan percakapan orang yang ada menunjukkan satu petunjuk di atas kebenarannya itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam persoalan seperti ini tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai atas sesuatu harta dengan mendapat nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja, malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga pengakuan seorang yang merampas serban daripada seorang yang sedang mengikutinya dibelakangnya dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban. Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi perampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya”.
Al Bajuri pula menjelaskan di dalam “Hasyiah al-Bajuri” Juz. 2, halaman 347 dan 348 bahawa maksudnya;
“Jikalau keduanya mendakwa sesuatu sama ada pada pemilik salah seorang daripadanya, maka kata pemutusnya ialah pemilik itu sendiri dengan sumpah tetapi jikalau ketika itu dalam milik kedua-duanya, maka kedua-duanya hendaklah bersumpah, kemudian barang-barang itu termasuk hamparan yang diduduki dan unta yang ditunggang, dan juga rumah yang didiami”.
Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang 2005 (Enakmen 3) yang mentakrifkan Harta Sepencarian sebagai “Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”.
Kuasa Mahkamah dalam memerintahkan harta sepencarian diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2005 (Enakmen 3) iaitu :-
122. (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagi antara pihak-pihak itu.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:
“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.
- Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,
suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah. - Jika si isteri yang memohon cerai,
Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya. - Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.
- Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.
- Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.
HUKUM SYARAK
Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919. Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.
Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage. Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.
Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari. Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.
Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina. Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.
KESIMPULAN
Walaubagaimanapun, penerangan di atas hanyalah penerangan umum yang mana terdapat beberapa isu yang timbul dari harta sepencarian berdasarkan fakta kes. Antaranya, isu harta sepencarian yang melibatkan harta felda, rezab melayu dan sebagainya yang memerlukan penerangan yang lebih detail kerana melibatkan peruntukan undang-undang yang berbeza seperti Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Enakmen Rizab Melayu dan sebagainya. Pihak-pihak yang ingin membuat permohonan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat guaman yang lebih terperinci dari mana-mana peguam syarie/ peguam JBG bertauliah.
SUPHIAN ISMAIL,
PEGUAM SYARIE/SYARIAH (SABAH)
kredit: kelantan.jksm
FARAID
CARA DAPATKAN SIJIL FARAID DI MAHKAMAH SYARIAH
CARA DAPATKAN SIJIL FARAID DI MAHKAMAH SYARIAH?
FARAID
MAKSUD FARAID DARI SEGI BAHASA |
Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
ASABAH BINAFSIH
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
ASABAH BIL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
ASABAH MAAL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. DHAWIL-ARHAM
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) HIJAB NUQSHON
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) HIJAB HIRMAN
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
SUPHIAN ISMAIL,
PEGUAM SYARIE/SYARIAH (SABAH)
kredit: kelantan.jksm
WASIAT
WASIAT
WASIAT DARI SEGI BAHASA |
wasiat berasal daripada perkataan‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’ yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semas hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.
WASIAT DARI SEGI ISTILAH |
Pemberian atau sumbangan oleh seseorangkepada orang atau pihak lain setelah dia meninggaldunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiatialah pemberian suatu hak yang bolehdilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul Karim Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga fuqaha’ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik olehpenerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
PENSYARIATAN WASIAT
Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud:
“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.
Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina AbuBakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith(ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat harta pusaka.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua norang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu nditimpa bahaya kematian”
surah al-Ma’idah ayat 106
Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas bahawa langkah berhati-hati perlu dilakukan iaitu dengan menulis wasiat kerana seseorang itu tidak tahu bila ajalnya kan tiba. Kemungkinan kelalaiannya boleh mengakibatkan segala hajatnya tidaka akan tercapai.Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadahserta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Dari amalan para sahabat menunjukkan mereka berwasiat dengan sebahagian harta mereka dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Menurut satu riwayat daripada Abdul Razak sesungguhnya Anas r.a berkata yang bermaksud:
“Mereka (sahabat) menulis pada wasiat mereka: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya. Diajuga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Dia juga bersaksi bahawa hari kiamat pasti akan tiba dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal agar takutkan Allah dan saling memelihara hubungan mereka. Hendaklah mereka mentaati Allah dan rasulNya sekiranya mereka orang-orang yang beriman. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub kepada keturunan mereka…”.
Dari segi ijmak, telah berlaku ijmak di kalangan para fuqaha’ Islam semenjak dari zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula diriwayatkan bahawa ada di kalanganmereka yang menolaknya.
SUPHIAN ISMAIL,
PEGUAM SYARIE/SYARIAH (SABAH)
kredit: kelantan.jksm
PEMBAHAGIAN HARTA
HIBAH
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undangundang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkanwasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.
Kedua-dua instrumen inidigalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendaksyarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah danwasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hokum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
KONSEP HIBAH DALAM ISLAM | PENGERTIAN HIBBAH
HIBAH DARI SEGI BAHASA|
bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.
HIBAH DARI SEGI ISTILAH |
ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihakkepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
- Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
- Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
- Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
- Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
- Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu
HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaplagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).
Rukun Hibah dan Syaratnya: Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:
Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.
Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaanmemiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.
Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlumemenuhi syarat-syarat berikut:
1. Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
2. Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
3. Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
4. Ia boleh diserah milikkan.
5. Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
6. Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.
Mengikutmazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam,barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.
Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syaratberikut:
1. Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
2. Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
3. Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalamal-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
SUPHIAN ISMAIL,
PEGUAM SYARIE/SYARIAH (SABAH)
kredit: kelantan.jksm
PEMBAHAGIAN HARTA
PEMBAHAGIAN HARTA
PEMBAHAGIAN HARTA MENURUT ISLAM:
Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.
Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.
Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.
Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.
SUPHIAN ISMAIL,
PEGUAM SYARIE/SYARIAH (SABAH)
kredit: kelantan.jksm
ANAK TIDAK SAH TARAF
Masalah dan Penyelesaian Perkahwinan
Cara Cerai Paling Cepat
APA ITU CERAI TALAQ
TALAQ
Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq.
JENIS-JENIS TALAQ
Talak
Talaq dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talaq Raj’i dan Ba’in.
Talaq raj’i ialah Seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh eddah.
Talaq bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talaq ba’in sughra dan talaq ba’in qubra. Talaq ba’in sughra ialah talaq yang jatuh serta merta pada masa Hakim memutuskan cerai disebabkan Fasakh atau cerai Hakam dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talaq. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.
APAKAH CERAI PALIING CEPAT?
CERAI PERSETUJUAN.
Dapatkan bantuan guaman angkol di 0198600046 segera.
Suphian Ismail,
Peguam Syarie (Sabah).
Prosedur perceraian di Sabah- Bagaimana mengurus cerai di Sabah. Sebelum itu, ketahui apakah jenis talak yang wajib isteri tahu sebelum memohon untuk membuat tuntutan cerai.
Jenis Perceraian yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah ialah :
1) Cerai talaq/persetujuan
2) Cerai Hakam
3) Cerai Taliq
4) Cerai Khulu”/Tebus Talaq
5) Cerai Fasakh
6) Cerai Lafaz Luar Mahkamah (PCLM) 7) Cerai Li’an
Fasakh – Sebab, Cara dan Prosedur Tuntut Keadilan Buat Isteri
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Dapatkan bantuan guaman angkol di 0198600046 segera.
Suphian Ismail,
Peguam Syarie (Sabah).
CERAI FASAKH
Apa itu Fasakh?
Seringkali kita mendengar di media sosial hampir setiap hari ratusan luahan isi hati wanita atau isteri-isteri yang sedang menderita dan teraniaya akibat pelakuan suami yang tidak bertanggungjawab. Ada yang didera dari segi fizikal dan adapula yang didera dari segi mental dan emosi. Maka islam telah memberi satu jalan bagi kaum-kaum
isteri yang tersiksa dengan pelbagai cara antaranya ialah FASAKH.
Fasakh ialah sebahagian daripada jenis tuntutan perceraian atau pembubaran bagi melepaskan satu ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh diputuskan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpadiketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.
Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
Fasakh menurut istilah bahasa membawa maksud rosak atau putus. Manakala dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang ada pada hakim atau kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.
BOLEHKAH BERKAHWIN SEMULA JIKA DICERAIKAN DENGAN CARA FASAKH
Assalamualaikum…Adik perempuan saya telah diceraikan sebanyak dua kali. Kali pertama beliau telah dirujuk begitu juga pada ceraian yang kedua juga telah dirujuk. Soalan saya, Pertama, jika adik saya meminta fasakh, adakah ia termasuk dalam talak yang ketiga, tidak boleh rujuk kembali, melainkan dengan kaedah cina buta. Kedua, bagaimana pula dengan iddah. Adakah iddah itu bermula pada waktu isteri diceraikan ataupun bermula selepas mengfailkan dokumen di mahkamah? contoh, iddah 3 kali suci telah habis dan pada masa tu, baru dia failkan. Adakah mahkamah ada mulakan tarikh iddah yg baru untuknya? Saya mohon penjelasan tuan jika tidak keberatan. Terima kasih.
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Firman Allah SWT:
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ
Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah: 229)
Talak merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang menjelaskan makna melepaskan atau membuka ikatan. Talak menurut syara’ pula membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).
Secara umum, bersandarkan kepada persoalan yang diajukan, terdapat dua talak yang terlibat di dalam situasi ini. Talak tersebut adalah talak Raj’i dan talak Ba’in.
Talak raj’i bermaksud talak yang boleh dirujuk kembali tanpa akad atau pernikahan baru selepas diceraikan oleh suami dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh iddah. Namun begitu, talak raj’i hanyasanya dikira jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua sahaja yang tidak tamat daripada tempoh iddah.
Talak ba’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra.
Talak ba’in sughra ialah talak yang tidak boleh diruju’. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isteri maka suami perlu menikahinya dengan akad yang baru. Contoh bagi talak bain sughra ini adalah talak satu atau dua yang telah habis tempoh iddah, talak khuluk, talak isteri yang belum disetubuhi dan talak yang difasakhkan.
Talak bain kubra merupakan talak yang dijatuhkan oleh suami ke atas isterinya yang tidak boleh lagi dirujuk kembali samada semasa iddah atau selepas iddah. Contoh bagi talak bain kubra adalah talak tiga dengan sekali lafaz atau berlaku tiga kali talak secara berasingan. Namun begitu, halal bagi bekas suami menikahi bekas isteri jika sekiranya telah melalui beberapa prosedur tersebut:
- Iddah bersama bekas suami yang menceraikan isterinya telah tamat.
- Selepas selesai iddah, bekas isteri perlu berkahwin bersama lelaki lain dengan akad yang sah.
- Bekas isteri melakukan hubungan intim bersama suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.
- Bercerai bersama suami baru.
- Iddahnya dengan suami baru telah selesai.
Maka selepas daripada itu, bekas suaminya boleh bernikah semula dengan akad yang baru bersama bekas isterinya. Ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah SWT dan itulah aturan-aturan hukum Allah SWT, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
(Al-Baqarah, 230)
Bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa kaedah ini adalah sama sepertimana terkenal dikalangan masyarakat Malaysia dengan nama Cina Buta. Sebenarnya, ia sekali tidak sama seperti kaedah Cina Buta, kerana Pernikahan Cina Buta atau nikah Muhalliladalah pernikahan yang telah dirancang dan bersyarat hanya untuk mencapai tujuan bagi menghalalkan perkahwinan bersama bekas suami. Maka ini adalah tidak benar sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT. Cara tersebut adalah haram di sisi Islam dan dilaknati Allah SWT.
Merujuk kepada persoalan pertama yang ditanyakan, Adik perempuan kepada yang bertanya telah diceraikan sebanyak dua kali. Ceraian pertama beliau telah diruju’ begitu juga pada ceraian yang kedua juga telah diruju’. Kemudian adiknya telah meminta fasakh, adakah ia termasuk dalam talak yang ketiga dan tidak boleh diruju’ kembali.
Fasakh yang dibuat oleh adiknya bukan dikategori sebagai talak yang ketiga. Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim. Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
Begitu juga fasakh merupakan cerai yang berada dibawah talak bain sughra. Selepas fasakh mereka tidak boleh meruju’ semula dengan syarat perlu melalui pernikahan dengan akad yang baru.
Akan tetapi, perlu di ingatkan bahawa, melalui kes ini, 2 talak yang telah dibuat oleh suami tidak akan gugur walaupun telah menjalani akad dan pernikahan yang baru. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Irsyad al-Fatwa, siri 320 (https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3716-irsyad-al-fatwa-siri-ke-320-bilangan-talak-selepas-perkahwinan-semula-dengan-suami-pertama).
Persoalan kedua, bagaimana pula dengan iddah. Adakah iddah itu bermula pada waktu isteri diceraikan ataupun bermula selepas mengfailkan dokumen di mahkamah?
Iddah akan bermula selepas si isteri diceraikan oleh suaminya. Mengikut prosedur operasi standard mahkamah syariah, mengfailkan dokumen bukan bermakna permulaan bagi iddah untuk si isteri.
WallahuA’lam.
- kredit: muftiwp.
Prosiding Mahkamah Syariah perlu kamu tahu
Perkahwinan
Prosiding
i. Permohonan Perkahwinan
– Wali Hakim
– Kebenaran Poligami
ii. Pengesahan & Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara
iii. Nafkah Isteri/Nafkah Isteri Tertunggak
iv. Sabitan Nusyuz
Perceraian
Jenis perceraian adalah seperti berikut:
i. Persetujuan bersama
ii. Fasakh
iii. Ta’liq
iv. Khulu’ (tebus talak)
v. Anggapan kematian
vi. Faraq pernikahan
x. Pengesahan Lafaz Cerai
Tuntutan Selepas Perceraian (Wanita)
i. Nafkah Iddah
ii. Mutaah
iii. Nafkah tertunggak
Tuntutan Harta Sepencarian
Permasalahan perundangan berkenaan hak-hak anda dalam harta sepencarian yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dan dalam penyediaan dokumen serta permohonan-permohonan yang berkenaan.
Tuntutan Berkaitan Anak
i. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
ii. Pengesahtarafan Anak
iii. Nafkah Anak
iv. Nafkah Tertunggak
Pelaksanaan & Penguatkuasaan Perintah
i. Ubah Perintah
ii. Perlaksanaan Perintah
iii. Penghutang Penghakiman
iv. Komital/Notis Tunjuk Sebab
Talak dan Jenis-jenis talak
TALAK
Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).
Jenis-Jenis Talak
Talak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak Raj’i dan talak Ba’in.
- Talak raj’i ialah Seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.
- Talak bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.
Talak ba’in kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat islam di negara kita ini adalah lafaz cerai atau lafaz talak luar mahkamah atau dengan lebih tepat lagi dengan istilah mahkamah adalah lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah.
Kesan Fasakh Di Sebabkan Kecacatan
Kesan Fasakh Di Sebabkan Kecacatan
Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa-apa. Dan jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.
Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikad ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya, maka isteri wajib mendapat mahar misil. Dan jika menfasakhkan nikah dengan sebab berlaku kecacatan selepas persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab-sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan ia tidak akan merubah hakikat tersebut.
Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh
Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh
Di antara kecacatan yang membolehkan fasakh ialah:
- Kecacatan yang berkaitan dengan alat kelamin dan menghalang daripada berlakunya persetubuhan, contoh bagi lelaki ialah terpotong zakar, mati pucuk atau tidak ada buah zakar, manakala bagi perempuan ialah lubang farajnya tersumbat dengan daging ataupun dengan tulang
- Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan tetapi terdapat penyakit yang menjijikan atau merbahaya, yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali terpaksa menanggung kesusahan (kemudaratan) seperti kusta, sopak dan gila.
Jika kecacatan yang disebut sebelum ini berlaku kepada suami atau isteri selepas akad nikah sama ada selepas persetubuhan atau sebelumnya. Kecacatan tersebut boleh menghalang persetubuhan seperti terpotong kemaluan atau mati pucuk bagi suami atau lubang faraj isteri tertutup disebabkan daging atau tulang yang tumbuh atau kecacatan tersebut tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti sopak, kusta dan gila, pasangannya boleh memilih untuk menfasakhkan nikah.
Walaubagaimanapun, jika suami mati pucuk selepas berlakunya persetubuhan ia dikecualikan daripada hukum di atas kerana dalam masalah tersebut isteri hilang hak untuk memilih fasakh kerana maksud nikah di pihak isteri iaitu mas kahwin dan persetubuhan telah tercapai dan perkara tersebut telah pun sempurna sebelum berlakunya mati pucuk. Selain itu, wali juga berhak menfasakhkan nikah jika didapati berlakunya kecacatan pengantin lelaki sebelum berlakunya akad nikad. Hak ini ada pada wali sama ada pengantin perempuan setuju fasakh ataupun tidak. Ini kerana wali akan berasa malu dengan kecacatan tersebut.
Jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan wali tidak berhak menfasakhkan nikah. Ini kerana pada kebiasaanya perasaan malu tidak akan menimpanya, ia berbeza dengan kecacatan yang berlaku sebelum akad nikah. Begitu juga wali tidak mempunyai hak untuk menfasakhkan nikah disebabkan kecacatan mati pucuk dan terpotong kemaluan yang berlaku sebaik sahaja berlaku akad. Ini kerana mudarat itu hanya akan dihadapi oleh isteri sahaja dan dia meredainya, pada kebiasaanya wali tidak akan mendapat malu.
Selain itu, pengantin lelaki atau perempuan tidak boleh menfasakhkan sendiri perkahwinan mereka disebabkan berlakunya kecacatan yang telah disebut di atas. Meraka mesti membawa perkara tersebut kepada kadi serta meminta kadi menfasakhkan nikah tersebut dan jika terbukti berlakunya kecacatan kadi mestilah menfasakhkan nikah tersebut.
Perbezaan Fasakh Dengan Talak
Perbezaan Fasakh Dengan Talak
Fasakh dengan talak adalah berbeza, Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim. Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.
FASAKH
FASAKH
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.
Syarat-syarat Fasakh
Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah fasakh ada dua perkara iaitu:-
- Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
- Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan, bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.
Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Apa itu Fasakh?
Apa itu Fasakh?
Seringkali kita mendengar di media sosial hampir setiap hari ratusan luahan isi hati wanita atau isteri-isteri yang sedang menderita dan teraniaya akibat pelakuan suami yang tidak bertanggungjawab. Ada yang didera dari segi fizikal dan adapula yang didera dari segi mental dan emosi. Maka islam telah memberi satu jalan bagi kaum-kaumisteri yang tersiksa dengan pelbagai cara antaranyaialah FASAKH.
Fasakh ialah sebahagian daripada jenis tuntutan perceraian atau pembubaran bagi melepaskan satu ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh diputuskan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpadiketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.
Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
Fasakh menurut istilah bahasa membawa maksud rosak atau putus. Manakala dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang ada pada hakim atau kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.
Mengapa Lelaki Curang?
ADAB-ADAB TERHADAP IBU BAPA YANG PERLU KITA AMALKAN







6 Cara Cepat Move On Bila Kena Cerai, Biar Ex Rasa Menyesal Tinggalkan
2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA
2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA
Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati.
Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu.
Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak.
Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Buat Anak Gadis semua.
Buat Anak Gadis semua.
Credit : Henrita Pinna