PERKHIDMATAN KAMI
Tuntutan Cerai, Nafkah, Pengesahan Pernikahan, Poligami, Harta, Hibah, Wasiat dan Selesaikan kes Mahkamah Syariah.
Mengenai Kami
Founder Suphian Ismail
Assalamualaikum,
Founder bernama Suphian Ismail, seorang abang yang dilahirkan dari daerah Tenom, Sabah dengan seorang adik perempuan. Bapanya seorang guru.
Selepas bergraduasi dari Universiti Malaya Kuala Lumpur, bertemu jodoh dengan seorang guru dan sekarang dikurniakan 6 orang anak, 4 perempuan dan 2 lelaki.
Selepas bergraduasi, mencari rezeki sebagai seorang kontraktor. Dari projek kecil sehingga lah projek jutaan ringgit. Pernah juga menjadi seorang guru J-Qaf di Keningau, Sabah. Tidak sampai 10 tahun berkhidmat, meletakkan jawatan untuk memerikan tumpuan kepada bisnes.
Dari projek kecil-kecilan sehingga lah projek bernilai jutaan ringgit, kehidupan semakin selesa. Mempunyai pelbagai lesen kontraktor sehingga nilai G6 dan pelbagai lagi lesen elektrik, air-con, pembekalan makanan dan sebagainya. Hujan disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bisnes yang berjalan lancar jatuh. Alasan apa? Sebenarnya saya pun tidak berapa pasti sebab sebenarnya.
Menjadi prebet sapu di daerah Keningau di tepi Wisma Rakyat pada masa itu (sekarang tidak pasti masih ada lagi ka…) untuk membeli sebungkus sayur Taiwan untuk diberikan kepada anak dan isteri makan di rumah. Oleh kerana beli borong lagi murah, beli lah borong. 1 minggu anak dan isteri makan sayur Taiwan dengan nasi sahaja. Syukur ada ikan basung penambah makan dicampur kicap dan lada yang ditanam di belakang rumah yang kami sewa untuk berteduh.
Masa ini, hutang keliling pinggang dengan projek yang tidak perform. Usaha apa saja asalkan dapat isteri dan anak makan.
Berpindah dari Keningau yang sudah kami sekeluarga mencari rezeki selama 12 tahun ke Kota Kinabalu. Nekad membuka firma guaman syarie sendiri. Daripada income 0 kerana sudah tiada lagi projek dan hutang projek keliling pinggang, cuba untuk bangun lagi meneruskan hidup.
Bermula dengan 1-2 kes sahaja setiap bulan, kalau nasib baik boleh la dapat 3 kes sebulan, kehidupan jadi semakin sempit.
Saya pun pergi mencari ilmu, menguatkan ilmu sedia ada dari semua segi, ilmu undang-undang syariah dan ilmu memantapkan sistem perniagaan kerana sudah membuka firma sendiri.
Alhamdulillah, setelah 7 tahun dalam lapangan, saya telah pun membantu lebih 300 kes wanita tertindas and keep on counting.. Saya semakin yakin dengan sistem dan reputasi firma ini.
Doakan semua akan berjalan lancar, Amin. Saya dan associates lawyer saya dan chambering akan bersama-sama menyelesaikan kes mahkamah syariah anda.
Ikhlas,
Suphian Ismail.
Kenapa Memilih Kami?
Kerana kami …….Dipercayai, Diyakini dan Diiktiraf
Dipercayai
Kami akan deliver dan menyelesaikan kes sehingga selesai. Tiada kerisauan jika kami handle kes anda. Kes akan diselesaikan sehingga garisan penamat yang dipersetujui.
Diyakini
Kes akan diselesaikan mengikut objektif yang sudah dipersetujui antara peguam dan klien. Jangan risau, apa yang diingini oleh klien akan cuba dipenuhi oleh kami DENGAN nasihat undang-undang.
Diiktiraf
Kami adalah firma yang diiktiraf bukan saja mempunyai lesen beramal yang sah, berpengalaman dan sudah lebih 300 kes diselesaikan selama tempoh 7 tahun beramal.
Kaedah Konsultasi Kes
Klien yang ingin mendapatkan nasihat dari firma kami boleh memilih cara di bawah untuk menghubungi kami. Dapatkan temujanji bagi mengelakkan sebarang masalah menunggu terlalu lama dan sebagainya. Boleh terus klik di atas:
- Berjumpa secara konsultasi secara bersemuka.
- Membuat konsultasi secara whatsapp.
- Video-Call untuk klien outstation.
Klik di atas untuk temujanji.
Apa yang sudah kami capai?
Sekejap. Cuba lihat, lebih ribuan wanita tertindas dalam rumahtangga sudah pun kami bantu....
Buat Temujanji Segera.
bagaimana kes saya akan dikendalikan? lihat di bawah:
Testimonials
Apa Kata Mereka?
Ada Pakej yang Mampu milik..
Saya terlihat facebook page Angkol lalu saya hubungi Angkol untuk berikan saya nasihat. Pada mulanya, saya berfikir Angkol ini adalah tegas dan garang. Dari sesi live dan rupa paras Angkol saja sudah menampakkan Angkol seorang yang tegas. Tetapi apabila bersua muka, Angkol seorang yang ramah dan mudah mesra. Saya mudah untuk menceritakan masalah dan apa yang sudah saya lalui dalam rumahtangga. Alhamdulillah.
Cekap dan 'tidak sombong'
Saya bekerja sebagai eksekutif. Suami saya bekerja lebih rendah gajinya daripada saya. Kami dikurniakan 2 orang anak comel. Saya tidak kisah dengan perbelanjaan di rumah. Oleh kerana gaji saya lebih besar, saya mampu untuk membayar keperluan di rumah. Saya hanya inginkan keluarga yang bahagia. Kereta saya bayar, rumah, kos anak dan apalagi keperluan di dapur semua saya sediakan. Kereta suami pun saya bayarkan. Tiba-tiba saya tahu suami ada girlfriend d luar, saya berbincang dan suami janji untuk hentikan hubungan tersebut. Satu malam saya mendapat panggilan dari seorang wanita menyatakan dia adalah isteri kepada suami saya dan sedang mengandung. Hati saya betul-betul hancur. Saya berjumpa dengan Tuan Haji Suphian dan menceritakan apa yang saya alami. Beliau memberikan nasihat undang-undang dan membiarkan saya membuat keputusan saya. Alhamdulillah, saya lebih bahagia sekarang menguruskan anak-anak saya sendiri.
Siti,
Kota Kinabalu, sabah.
apa klien kata:
Testimoni Klien kami tidak sertakan gambar dan nama sebenar, hanya menggunakan nama ‘timangan’ kerana ini untuk menjaga privasi semua klien kami.
Boleh bekerjasama
Saya tidak perlu ke mahkamah..
Berbaloi setiap sen yang saya bayar..
'Resourceful' dan boleh memberi penjelasan
ketakutan saya berakhir ..
Sedia untuk faham apa yang saya mahu ..
Bantu saya hingga urusan lengkap
Kami Menjadi Pilihan kerana..
Rumahtangga
Menyelesaikan semua jenis masalah rumahtangga terutamanya isteri yang teraniaya.
Pengurusan Harta Keluarga
Mengurus segala jenis urusan harta, pembahagian faraid, harta pusaka, hibah, pentadbir harta dan sebagainya samada masih hidup atau sudah meninggal.
Isteri Bahagia, Keluarga Bahagia
Menyelesaikan masalah sebelum berlaku perceraian seperti membuat perjanjian bersama, konsultasi keluarga dan sebagainya.
FAQ
Soalan Lazim dan Jawapan. Cuba baca apakah soalan yang selalu ditanya oleh bakal klien.
Buat tempahan tarikh, tekan submit dan buat pembayaran seperti detail yang diberikan dalam website. Hanya tempahan temujanji dengan bayaran saja akan ditempah untuk mengelakkan pembatalan temujanji pada saat akhir dan firma menunggu ‘kosong’. Kerjasama puan dan tuan amatlah kami harapkan dan diucapkan dengan ucapan terima kasih.
Face to face (bersemuka), Pakej Whatsapp selama sebulan, Video call atau Telefon.
Boleh. tetapi takut Klien akan menunggu lama jika sudah ada temujanji awal.
Ya, ada. Bagi caj perkhidmatan. Sila hubungi pihak kami untuk lebih lanjut.
Ya. Buat masa ini kes kami kendalikan SATU Sabah.
Tidak wajib. Jika hendak bawa, dipersilakan. Jika tiada, tidak mengapa.
Jangan risau. Jika menggunakan khidmat peguam, masalah ini akan dapat diatasi, sila bincang dengan peguam.
Bawa semua dokumen pengenalan diri, sijil nikah, sijil surat beranak anak-anak dan yang berkenaan. Jika berkenaan harta, sila bawa dokumen harta yang terlibat untuk terus dianalisa oleh Peguam.
Bayaran adalah secara ansuran. Klien kami terdiri daripada pemandu Grab, Food Panda dan Penjual Kuih tepi jalan. Bincang dengan peguam. Jangan risau ya.
Boleh Telefon, Whatsapp, Tekan link untuk temujanji, boleh datang terus ke Firma atau boleh isi borang di bawah, nanti pihak kami akan hubungi pihak klien.
Team yang Hebat
Ramah, Berilmu, Jujur dan Cekap.
peramah
Team kami ramah dan mudah mesra. Jangan risau team kami akan cuba sedaya upaya untuk mendengar dan menjawab persoalan klien.
berilmu
Team kami sangat berilmu dan berpengetahuan, arif dengan undang-undang di mahkamah syariah dan faham akan keperluan setiap kes dan klien.
jujur
Team kami akan memberikan khidmat undang-undang yang jujur dan ikhlas. Kami juga akan transparent tentang perkembangan kes setiap klien.
cekap
Team kami akan memberikan khidmat cekap dan sistematik. Klien boleh menghubungi team untuk mendapatkan rujukan kes masing-masing semasa kes berjalan.
Team Suphian Associates
Selamat Bekerjasama Bersama Team Kami.
Team Suphian Associates
Bersedia Bekerjasama bersama Klien.
Bagaimana ingin menghubungi?
Rujuk di bawah atau klik di atas untuk temujanji segera.
Lokasi
Lot (07)V, Ground Floor, Blok B, Wisma MUIS, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Masa Operasi
08:00 AM – 05.00 PM
Isnin – Jumaat
Cara Hubungi Kami
Telefon/WS:
+60198600046
+601116060048
email: suphian_associates@yahoo.com